McDonald’s Malaysia Kecewa Kena Boikot

      No Comments on McDonald’s Malaysia Kecewa Kena Boikot

Seperti lazimnya apabila isu membabitkan konflik Palestin-Israel meletup, orang islam akan diseru untuk memboikot McDonald’s seluruh dunia. Tidak terlepas tentunya McDonald’s Malaysia.

Emmmm… aku tak tahu nak cakap apa. Bukan bermaksud aku sokong McDonald’s tetapi macam biasa boikot bermusim. Senyap nanti isu panas Palestin-Israel , McDonald’s akan penuh semula.

McDonald's Malaysia

Kalau betul nak boikot,semua nak kena boikot rasanya. Bukan McDonald’s sahaja tetapi itulah yang orang islam nampak.

Hari ini McDonald’s Malaysia dah mengamuk kerana sering menjadi mangsa boikot orang Islam apabila isu Paletin-Israel meletup sedangkan kata mereka, pemegang saham terbesar McDonald’s Malaysia adalah orang Islam dan majoriti pekerja mereka juga orang Islam.

McDonald’s Malaysia Kecewa Kena Boikot Angkara Trump

McDonald’s Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd, Azmir Jaafar berkata, pihaknya tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.

Mesti Baca: Jangan Berani Isytihar Baitulmuqaddis Milik Israel! 

“Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini.

“Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

McDonald's Malaysia

Mc’Donalds dilaporkan menerima tempias dengan tindakan Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Percaya dengan dakwaan yang tersebar di media sosial, orang ramai mula menghentam dan memboikot perusahaan makanan segera itu serta-merta.

Azmir berkata, dakwaan McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar dan ia adalah fitnah terhadap mereka.

Mesti Baca: Jambatan Tertinggi Malaysia Dibuka Mulai 29 November 2017

“Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald’s di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100 peratus milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

“McDonald’s telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat, tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang dalam negara ini,” katanya lagi.

Pihaknya juga bertegas akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang membuat fitnah ke atas Mac’Donalds.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain,” katanya lagi – Sumber

Terpulanglah kepada orang Islam nak boikot McDonald’s Malaysia ke tak sebab bagi aku nampak macam tak adil untuk mereka sedangkan produk lain orang islam hentam semacam je masuk perut.

Kasi boikot habislah baru betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *