Apabila masuk hujung tahun negeri terutama di Pantai Timur akan berhadapan dengan musim tengkujuh yang membawa hujan lebat dan berisiko banjir. Setakat artikel ini ditulis sudah ada beberapa tempat telah dilanda banjir. Aku fokus kepada situasi Temerloh banjir 2022. Aku cuba juga update negeri Pahang dan tempat lain.
Setakat ini, apa yang aku tahu ada beberapa kampung dan taman telah dilanda banjir yang masih dalam keadaan terkawal. Tempat-tempat tersebut Kawasan Hotspot Banjir dan telah dijangka setiap kali musim banjir datang.
Di antara kawasan yang terjejas setakat ini adalah kampung Batu Kapor, Kampung Sungai Buloh, Kampung Chatin, Taman Mentakab Indah dan beberapa kawasan lagi.

Semua kawasan tersebut dalam laluan air Sungai Semantan yang akan masuk ke Sungai Pahang. Apa aku perhatikan secara kasar, Sungai Semantan nampak agak besar walaupun hujan di Temerloh biasa-biasa saja.
Boleh jadi daerah Raub, Bentong dan kawasan hulu menerima hujan lebat dan memenuhkan air Sungai Semantan.
Update Pantas Situasi Temerloh Banjir 2022 Dan Kawasan Lain
Zaman semua di hujung jari senang untuk kita dapatkan info terkini dan pantas situasi banjir semasa sama ada di kawasan kita atau di tempat lain.
Sekarang ada banyak group Whatsapp dan Telegram untuk dapatkan info banjir sebagai contoh aku ada masuk satu group Telegram yang memang aktif setiap kali datang musim banjir. Ahli-ahli dalam group tersebut sentiasa update kawasan mana yang dinaiki air.
Group Telegram tersebut Banjir Pahang 2021-2022
Selain itu, anda juga boleh cari di facebook group-group banjir. Senang cerita sekarang nak dapatkan apa-apa info sangat mudah. Ianya penting untuk kita buat persediaan awal terutama bagi kawasan hotspot banjir.
Anda juga boleh sentiasa menyemak paras air sungai di laman web Public Info Banjir, daripada situ kita boleh menilai situasi semasa paras air sungai berdekatan bagi membuat persiapan banjir.
Ok cukuplah setakat ini. Nanti bila ada berita terkini situasi Temerloh banjir 2022, negeri Pahang dan kawasan-kawasan lain aku akan update.