Sah! Anwar Ibrahim PM10. Kerajaan Perpaduan Pasca PRU15.

UPDATE! Sah! Anwar Ibrahim PM10

Kemelut politik pasca PRU15 sudah sampai ke penghujungnya. Hari ini Majlis Raja-Raja akan bersidang untuk membuat keputusan gabungan parti mana yang layak menerajui kerajaan. Jangkaan petang ini atau selewatnya esok akan diketahui keputusan. Kerajaan Perpaduan pasca PRU15? Mungkin …..

Setakat artikel ini ditulis, tiada keputusan jelas parti mana yang akan bergabung membentuk kerajaan dengan semua parti sedang pujuk-memujuk, risik-merisik dan boleh jadi tawar-menawar jawatan atau wang ringgit.

Siapa sangka BN yang kalah teruk PRU15 dengan hanya 30 kerusi kini menjadi “king maker”. PN dan PH berebut kepada parti yang mereka gelar sebagai “penyamun”. Siap ada lagu daripada Altimet menyindir BN penyamun tetapi penyamun juga yang mereka cari. Inilah politik…

Artikel Menarik: Makanan Tradisi Pahang. Yang Mana Best?

Artikel Menarik: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Popular

BN harus menilai semula mengapa rakyat menolak mereka dalam PRU15 walaupun menang besar di PRN Melaka dan Johor. Imej mereka sudah dicemari sebagai parti penyamun, tanggapan ini melekat dalam kepada rakyat Malaysia sehingga menerima akibat buruk dalam PRU15. BN harus berkerja keras membuang tanggapan ini jika tidak mahu lenyap dalam PRU16.

Ok setakat ini hanya ada dua nama bakal perdana menteri iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Dua orang “PM Tepi” ini sedang berusaha keras mencapai cita-cita dengan Anwar Ibrahim yang dilihat paling hampir berjaya berdasarkan situasi semasa, namun Muhyiddin Yassin pasti tidak duduk diam untuk menjadi PM kali kedua.

Sah! Anwar Ibrahim PM10. Kerajaan Perpaduan Pasca PRU15.

Sah! akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke 10. YDP Agong memutuskan pelantikan Anwar Ibrahim selepas membuat pertimbangan terbaik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Sah! Anwar Ibrahim PM10. Kerajaan Perpaduan Pasca PRU15.
Kredit Imej: Sinar Harian

TUTUP cerita politik. Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua. Semua gabungan politik harus bekerjasama dengan baik dalam Kerajaan Perpaduan yang akan dibentuk kelak.

Kalau tak puas hati tunggu PRU16. Masa sekarang adalah masa untuk bekerja. Cukuplah berpolitik 24 jam.

Anwar Ibrahim akan menjadi PM terbaik? TIADA yang mustahil. Beliau telah berusaha berpuluh tahun tanpa jemu untuk menjadi PM. Apabila dah berjaya tak mungkin beliau sia-siakan. Bukan senang nak capai cita-cita, dikhianati dan dikencing.

Tunggu dan lihat. Beri masa 5 tahun untuk buktikan kebolehan.

TAKUT DAP?

Inilah yang telah ditanam dalam minda orang melayu. Jangan risau… parlimen telah dikuasai orang Melayu Islam melalui PAS, BERSATU dan UMNO. Apa yang DAP dapat lakukan? Memaksa Anwar memenuhi kehendak mereka? TAK MUNGKIN kerana sebarang pindaan perlembagaan yang merugikan orang Melayu pasti mendapat tentangan hebat.

Kalau Anwar Ibrahim tak jaga perasaan orang Melayu Islam dalam tempoh 5 tahun ini seperti kerajaan PH 22 bulan, beliau akan dihumban dalam PRU16. Jadi, bertenang …….

Ok dah sah Anwar Ibrahim PM10. Selain itu, semua tentu tak sabar PM baru kita umum cuti umum kan? Semua parti dah berjanji sebelum PRU. Kalau awal-awal dah kencing habislah ………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *