Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia

      No Comments on Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia

Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia. Ya.. ianya telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 17 Disember 2023 yang majlisnya disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang pada program Majlis Pelancaran “Cashless Pekan Sehari Temerloh Dan Penyerahan Sijl “Malaysia Book Of Records”.

Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia

Kredit Imej: Facebook Majlis Perbandaran Temerloh

Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia

Kredit Imej: Facebook Majlis Perbandaran Temerloh

Pekan Sehari Temerloh yang telah berusia hampir 150 tahun dan dikunjungi sehingga 5,000 ke 7,000 orang sehari mempunyai kira-kira 607 peniaga dengan menjual pelbagai jenis produk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, kuih-muih, ikan, ayam, daging serta pelbagai lagi.

Paling menarik di sini sudah pastinya jualan hasil Sungai Pahang seperti ikan patin, ikan baung dan pelbagai lagi jenis ikan sungai yang jarang dijumpai.

Pekan Sehari Temerloh Dicadangkan Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Satu lagi kebanggaan kepada warga Temerloh dengan pengiktirafan ini selepas dikenali sebagai Titik Tengah Semenanjung Malaysia dan juga gelaran Bandar Ikan Patin. Malah, ada cadangan untuk menjadikan Pekan Sehari ini sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jika berjaya, nama Temerloh akan mendunia!

Artikel Menarik:

Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

Jom Tengok 6 Lokasi Menarik Di Temerloh

Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Malaysia

Kredit Imej: Facebook Majlis Perbandaran Temerloh

Apa yang aku perhatikan memang setiap hari Ahad kalau nak pergi Pekan Sehari kena datang awal kalau tak jenuh mencari parking. Jujurnya aku sendiri pun jarang pergi ke Pekan Sehari Temerloh kerana tak tahan mencari parking dan juga orang yang terlalu ramai. Jarak rumah ke Pekan Sehari cuma 5 km saja.

Pernah aku pergi masuk sekejap saja, tak sampai suku pun terus keluar kerana sesak sangat dengan orang. Kalau hari cuti umum lagi tak boleh masuk, parking pun tak jumpa. Orang luar memang ramai yang datang ke sini tak kira dari pelusuk mana.

Tetapi, itu bukan alasan! sesak ke apa ke.. yang penting orang luar dijemput datang ke Pekan Sehari Temerloh. rasai sendiri keunikan di sini. Memang best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *