Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah

      No Comments on Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah

Haiwan berbisa seperti lipan sangat menakutkan kerana bisa gigitan haiwan tersebut bukan saja menyakitkan tetapi tak kena gaya boleh bawa mati. Bagaimana cara atau petua halau lipan masuk bilik air dan rumah?

Kredit Imej: Iluminasi

Bila sebut lipan rasa ngeri dan geli. Tengok gambar lipan saja pun dah terasa seram. Kalau nampak dalam rumah memang terus bunuh tetapi kena pantas sebab lipan agak laju dan boleh menyelinap masuk dalam lubang.

Kalau aku sendiri nampak contoh masa sedang mandi, aku akan capai apa saja barang yang boleh digunakan untuk bunuh lipan seperti botol shampoo atau cebok, tak fikir panjang dah janji dia tak sempat lari.

Mesti Baca: Makanan Tradisi Pahang. Yang Mana Best?

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap

Mesti Baca: Jenis-Jenis Mimpi Dalam Islam, Sebab Dan Tindakan Selepas Mimpi

Anda ada pengalaman digigit lipan? tentu sangat menyakitkan. Aku tak pernah digigit lipan, kalau disengat tebuan pernah rasa. Mungkin macam itu rasa sakitnya atau lebih sakit digigit lipan.

Kita risau bukan apa kalau budak yang digigit. orang tua pun menangis inikan budak. Penting untuk kita ajar budak jenis binatang atau serangga berbisa supaya apa-apa berlaku mereka boleh ceritakan apa jenis binatang yang gigit dan tindakan boleh diambil oleh doktor yang merawat bergantung kepada jenis binatang yang gigit.

Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah

Berbalik kepada tajuk. Adakah cara dan petua halau lipan masuk rumah? apa yang aku perhatikan lipan suka sangat duduk dalam bilik air, celah-celah lubang dan tempat yang gelap. Paling kerap dalam bilik air, itu menunjukkan lipan suka tempat yang lembab.

Untuk menghalang lipan berkampung dalam rumah cuba kita amalkan beberapa petua halau lipan. Gunakan kaedah semulajadi dengan bahan-bahan yang senang diperolehi. Semoga ianya bemanfaat.

1. Garam

Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah
Kredit Imej: Kosmo Digital

Taburkan garam di tempat yang biasa ditemui lipan seperti bilik air, stor dan sebagainya. Masukkan garam dalam celah-celah lubang rumah.

2. Kapur Barus

Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah
Kredit Imej: mStar

Caranya sama. Taburkan kapur barus dalam laluan lipan yang biasa dijumpai.

3. Daun Pandan

Petua Halau Lipan Masuk Bilik Air & Rumah
Kredit Imej: mStar

Lipan alah kepada daun pandan. Baunya harum mungkin tidak kepada lipan. Koyak atau hiris daun pandan, letak dalam mangkuk dan letak di setiap sudut rumah.

Itulah cara dan petua halau lipan masuk bilik air dan rumah. Bahan-bahannya pun mudah untuk dicari. Cuba dahulu mungkin berkesan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Sumber artikel diolah daripada: ImuslimNetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *