Tak Nak Bayar Yuran PIBG, Rokok Kat Rumah Berkaton…

Duit PIBG dan ada yang menyebutnya sebagai yuran PIBG tak wajib bayar sebab ianya bukan yuran yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Memang ada segelintir ibu bapa yang memandang sinis apabila diminta membayar duit PIBG kerana mereka anggap membebankan ibu bapa. Beli rokok boleh pula bang…….???

Aku terbaca di Kosmo Online! ada ibu bapa yang liat apabila diminta membayar wang PIBG. Entahlah anak aku sekolah darjah satu tahun depan baru ada pengalaman nak cakap soal wang PIBG. Sekarang baca pengalaman orang lain dahulu.

Apa Tujuan Kutipan Yuran PIBG?

Hasil pembacaan aku ada kenyataan daripada Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan yang berkata,

Tujuan utama dana PIBG adalah untuk kemajuan dan kebajikan para pelajar. Selain itu, guru boleh menggunakan yuran PIBG untuk jamuan guru tetapi tertakluk kepada persetujuan daripada jawatankuasa PIBG yang dianggotai ibu bapa

Mesti Baca: 5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Yuran PIBG

Mungkin itu antara sebab ada ibu bapa yang tak nak bayar duit PIBG sebab mereka anggap guru-guru menggunakan duit tersebut untuk kepentingan mereka.

Jangan cepat menghukum!

Sebenarnya, guru pun ada kelab mereka sendiri dan juga sumbangan pihak luar untuk aktiviti mereka, jadi isu guna yuran PIBG adalah isu kecil. Mungkin mereka ada guna tetapi kena minta persetujuan dahulu daripada jawatan kuasa PIBG yang mana anggotanya adalah ibu bapa juga.

Kalau mereka guna “jalan belakang” atau senyap-senyap tak tahu nak cakaplah, aku tak nak sentuh bab tu nanti kena saman 🙂

Kalau Tak Nak Bayar Yuran PIBG.. Jangan Beli Rokok Boleh Tak?

Senang sahaja, jangan beli rokok kalau tak nak bayar duit PIBG. Tujuan kutipan duit PIBG untuk melancarkan program sekolah, aktiviti dan macam-macam lagi untuk anak-anak kita yang pastinya memerlukan dana.

Sebab itu, yuran PIBG dikenakan untuk menampung kos operasi tetapi harus diingat bukan semua program sekolah daripada duit PIBG semata-mata. Sumbangan daripada kerajaan dan badan luar juga terlibat. Jadi, ibu bapa jangan syok sendiri kata semua duit PIBG duit mereka!

Senang cakap macam inilah…. Kalau berkira sangat nak bayar duit PIBG, jangan beli rokok boleh tak?

Lagi satu cuba fikir sejenak…. Tidak pernahkah kita terfikir bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk persekolahan dan pendidikan anak-anak sebenarnya adalah pelaburan untuk masa depan mereka?

Apapun, yuran PIBG tak wajib bayar, kalau memang tak mampu bayar boleh berbincang dengan pihak sekolah.

Dah.. jangan pening kepala lagi  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *