Kumpulan XPDC bukan nama asing dalam industri hiburan negara, rasanya tak ada siapa yang tak kenal XPDC kecuali yang sebaya anak-anak aku (1-6 tahun). Ini bukan soal kenal ke tak XPDC tetapi ada dua kumpulan yang guna nama XPDC sekarang ini. Yang mana satu XPDC ori?
Kumpulan XPDC sama macam kumpulan rock lain, bertukar ganti anggota, baik penyanyi atau barisan pemuzik.
Sedikit lain kisah mereka ini sebab dua kumpulan menggunakan nama yang sama!
Yang Mana Satu XPDC Ori?
Entah apa masalah mereka sekarang ini sampai tertubuh dua kumpulan yang menggunakan nama XPDC. Satu kumpulan diketuai oleh Mael dan satu lagi diketuai oleh Izo.
Pulak dah! yang mana satu XPDC ori?
Baru-baru ini kumpulan XPDC-Izo ada membuat persembahan bersama kumpulan Prime Domestic dalam konsert Public Distortion dan akan datang kumpulan XPDC-Mael pula akan membuat persembahan bersama kumpulan Cromok dalam Metal Legends Live In Concert.
Mesti Baca: McDonald’s Malaysia Kecewa Kena Boikot
Sumber Gambar: Harian Metro
Anggota XPDC-Mael
- Mael – Penyanyi
- Zuar- Bass
- Jeff – Gitar dan
- Amy- Dram
Anggota XPDC-Izo
- Ali – Penyanyi
- Izo – Gitar
- Eddie – Bass
- Lola – Dram
Ada yang kata XPDC-Mael yang original sebab ada Mael sebagai penyanyi utama dan pengasas kumpulan XPDC seperti kata pemain bass mereka, Zua.
Bagi XPDC-Izo pula, mereka kata mereka yang original sebab ada Izo sebagai pemain gitar utama sejak penubuhan XPDC tahun 80an dahulu.
Anda Fikir Saya Ada Masa Untuk Sakit Kepala?
Teringat pula iklan Panadol, anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?
Hehehehehe… lantaklah yang mana satu pun. Cuma, kalau penganjur nak panggil buat persembahan bukan ke tak pening kepala nak panggil XPDC yang mana satu?
Yang mana XPDC ori?
Akhirnya, penganjur yang pening kepala dan terpaksa telan panadol!
Mesti Baca: Masuk Gegar Vaganza Tak Bincang, Lan Kristal Disingkirkan?
Senang cerita buat sahaja macam ni…
Buat undian online, yang mana XPDC ori biar peminat yang tentukan.
XPDC-Mael atau XPDC-Izo?
Mana yang kalah mengalah, buat nama lain contoh ubah nama jadi Ekspidisi.
Janji sebutan sama ejaan sahaja lain 🙂