Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

      5 Comments on Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

Wagga Wagga Avenue Temerloh. Satu lagi simbol yang boleh menjadi tarikan baru di Temerloh. Apa benda ni? lain macam nak sebut pun rasa janggal.

Temerloh sudah terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung tetapi baru-baru ini warga Temerloh dikejutkan dengan sebuah papan tanda baru di Esplanade Temerloh iaitu Wagga Wagga Avenue.

Nak kata bahasa orang Temerloh bukan. Dari mana dapatnya idea nak letak nama jalan Wagga Wagga Avenue? apa kisahnya?

Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

Aku pun terjah ke Esplanade Temerloh awal pagi selepas menghantar anak ke sekolah dan sebelum masuk pejabat. Nak lihat sendiri papan tanda unik tersebut. Maaf gambar tak berapa jelas sebab kawasan di situ agak redup dengan pokok-pokok besar, lagi pun masih awal pagi matahari pun belum naik.

Apa yang istimewanya sampai letak papan tanda Wagga Wagga Avenue? daripada dapatan aku di Facebook dan Google ianya ada kaitan dengan sebuah daerah di Australia.

Hasil bacaan di Facebook Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin fahamlah aku mengapa wujudnya papan tanda tersebut di Esplanade Temerloh.

Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?
Kredit Imej: Facebook Mohd Sharkar Shamsudin

Hubungan yang terjalin di antara daerah Temerloh dan daerah Wagga Wagga Australia sejak 1965 telah diabadikan dalam bentuk papan tanda sebagai tanda persahabatan.

Papan tanda Temerloh Avenue di Wagga Wagga dibalas dengan pemasangan papan tanda Wagga Wagga Avenue di Esplande Temerloh.

Artikel Menarik: Kawasan Hotspot Banjir Pahang 2022

Artikel Menarik: Kipas Siling Bunyi Bising. Apa Nak Buat?

Artikel Menarik: Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

Jadi, ianya bukanlah bahasa orang Temerloh atau apa-apa kaitan dengan daerah ini tetapi dipetik daripada nama tempat di Australia.

Kalau ada kesempatan datanglah ke Esplanade Temerloh, lihat sendiri papan tanda tersebut dan ambil gambar sebagai kenangan. Kalau nak lebih seronok datang pada hari minggu kerana ada pekan sehari yang diiktiraf sebagai Pekan Sehari Terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Sambil cuci mata melihat keindahan pemandangan di Esplanade dapat membeli belah terutama ikan-ikan sungai Pahang yang pelbagai jenis dijual di Pekan Sehari. Memang susah nak jumpa di mana-mana.

5 comments on “Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

  1. Pingback: Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik... - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Tarikh Mengundi PRU15 Dah Tahu. Nak Undi Siapa? - From Temerloh With Love

  3. Pingback: PRU15: Calon Parlimen Dan DUN Temerloh - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia! - From Temerloh With Love

  5. Pingback: Makanan Tradisi Pahang. Yang Mana Best? - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *