Tiada Bazar Ramadan 2020, Mana Nak Cari Karipap Oksigen?

Tiada bazar Ramadan 2020? Kerajaan baru saja umum Bazar Ramadan tahun ini batal jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan nanti.

Kalau tengok kalendar, kita dijangka menyambut 01 Ramadan pada pada 23 Aril 2020. Tak lama dah, kira-kira 3 minggu saja lagi.

Pada pandangan aku, PKP akan dilanjutkan paling kurang pun sehingga seminggu lagi atau siapa sangka jika kita sambut 01 Syawal dalam PKP?

Kalau Tiada Bazar Ramadan 2020, Mana Nak Cari Karipap Oksigen?

Itulah uniknya bazar Ramadan. Macam-macam aneka kuih muih, lauk pauk dan minuman kita dapat lihat.

Dan….. yang selalu jadi sebutan ketika balik dari bazar Ramadan adalah terbeli KARIPAP OKSIGEN.

Tiada Bazar Ramadan 2020, Mana Nak Cari Karipap Oksigen?
Tiada Bazar Ramadan, Tiada Karipap Oksigen

Artikel Berkaitan: Tiada Bazar Ramadan, Solat Tarawih Berjemaah & Solat Aidilfitri 2020?

Artikel Menarik: Kahwin Bawah Umur Di Malaysia. Muslim Lebih Ramai?

Artikel Menarik: Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan

Tahu tak karipap jenis apa tu? Karipap ini “special” sikit sebab inti dalam karipap hanya suku saja atau boleh dikatakan tiada inti. Gebu saja, karipap hanya sekadar tepung yang diisi dengan angin. Sebab itu dipanggil karipap oksigen 😆😆

Itulah asam garam pembeli juadah bazar Ramadan, ada kala dapat beli juadah yang berbaloi dengan duit.

Adakalanya terbeli karipap oksigen atau makanan dan minuman yang dah basi. Kita doa sajalah peniaga macam tu dapat pergi haji setiap tahun 😆😆

Memang Pasti Ke Tiada Bazar Ramadan 2020?

Ya pasti dan sah! Kalau PKP dilanjutkan lagi sehingga bulan Ramadan. Kita hanya mampu berdoa supaya penularan COVID-19 segera berakhir.

Ya memang seronok dapat cuti panjang tetapi aku sendiri pun dah letih makan tidur saja. Rindu kepada rutin harian yang sibuk, kerja dan uruskan anak-anak. Rindu nak melepak dan berborak dengan kawan-kawan di kedai makan.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah, ikut arahan pihak berkuasa dan patuh kepada PKP.

Semoga PKP dapat ditamatkan jika bukan dalam bulan Ramadan pun sekurang-kurangnya sebelum 01 Syawal nanti. Tak jadi kalau raya dalam rumah sendiri saja, tak dapat berkunjung ke rumah orang tua dan adik beradik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *