Benua Antartika Daripada Sudut Pandangan Teori Bumi Bukan Sfera

Benua Antartika Daripada Pandangan Teori Bumi Bukan Sfera. Tidak banyak maklumat yang diketahui oleh manusia pada zaman moden ini tentang benua Antartika. Tambahan pula sejak Perjanjian Antartika yang ditandatangani pada tahun 1959 melarang kegiatan ketenteraan, perlombongan atau pengeluaran mineral, ujikaji nuklear dan pelupusan sisa nuklear di benua misteri ini.

Bumi Bukan Sfera

Aku amat tertarik untuk mengetahui banyak informasi benua Antartika ini tambahan pula sejak Teori Bumi Bukan Sfera, Bumi Rata atau golongan ini biasa dipanggil “Flat Earth” semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Malah, perbalahan bumi bukan sfera sebenarnya telah terjadi sejak ribuan tahun dahulu.

Benua Antartika Daripada Sudut Pandangan Pengikut Bumi Bukan Sfera “Flat Earth”

Teori “Flat Earth” memang tidak dapat lari daripada benua Antartika yang mana golongan ini mempercayai benua misteri ini adalah hujung bumi yang melingkari permukaan bumi datar. Maksudnya, mereka percaya benua Antartika ini yang mengepung air laut daripada jatuh ke bawah bumi dalam pandangan bumi datar.

Mesti Baca: Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!

Benarkah begitu?

Memang sukar nak percaya bumi datar betul tak? Sebabnya sejak dari sekolah rendah lagi kita telah diajar yang bumi adalah bulat atau sfera.

Aku tertarik dengan perbalahan golongan yang percaya Bumi Sfera dan Bumi Bukan Sfera. Aku selalu membaca perbalahan kedua-dua kumpulan ini melalui Facebook.

Macam-macam hujah daripada kedua-dua golongan ini. Ada yang logik dan ada yang tidak. Kadang-kadang apa yang diperkatakan golongan “Flat Earth” ini ada logiknya walaupun tiada bukti yang jelas untuk menyokong teori mereka terutama gambar “hujung dunia”.

Bumi Bukan Sfera

Bentuk bumi daripada pandangan teori Bumi Bukan Sfera. Benua Antartika mengelilingi bumi sebagai benteng air laut.

Jika benar “hujung dunia” adalah benua Antartika, setidak-tidaknya kita mahu melihat gambar tersebut untuk menyangkal teori Bumi Sfera.

Dan…. sejarah baru akan tercipta yang mana selama beribu tahun kita sebenarnya hidup di atas bumi datar dan pastinya akan mendatangkan “kemaluan” besar kepada saintis yang telah memaksa kita mempercayai bumi ini sfera.

Tetapi…. sehingga kini ianya masih dilihat MUSTAHIL!

Mesti Baca: Muar Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

Golongan “Flat Earth” masih gagal untuk membuktikan benua Antartika adalah “hujung dunia” seperti dalam peta bumi datar yang menjadi pegangan mereka.

Jangan gelakkan mereka!

Kita boleh berbeza pendapat selagi pendapat itu tidak menyesatkan atau melanggar akidah. Kepercayaan mereka kita hormati.

Aku?

Aku masih percaya bumi adalah sfera selagi tidak dapat melihat gambar “hujung dunia” iaitu benua Antartika yang melingkari permukaan bumi mengikut teori Bumi Bukan Sfera.

Fakta Menarik Benua Antartika

Bumi Bukan Sfera

  • Benua Antartika merupakan wilayah yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara
  • Manusia pertama yang sampai ke Antartika masih belum jelas
  • Suhu di Antartika mencecah -89,2 °C
  • Benua Antartika memiliki jenis hidupan paling sedikit di dunia
  • Antartika mengalami cuaca siang sehingga 6 bulan
  • Kemalangan pesawat pada tahun 1978 menyebabkan aktiviti menikmati pemandangan Antartika dari udara dihentikan
  • Walaupun Antartika mengalami cuaca siang selama 6 bulan, ais di kutub Selatan tidak cair
  • Benua Antartika tidak memiliki penduduk asli, namun pada tahun 1977 seorang bayi sengaja dilahirkan di Antartika

Mesti Baca: Keliru Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *