Ketika artikel ini ditulis dijangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 seperti tarikh pengundian, penamaan calon, tarikh writ pilihan raya, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain untuk melaksanakan PRU15. Ok, inilah saat yang ditunggu rakyat Malaysia, tarikh mengundi PRU15!
Selepas rakyat Malaysia sudah puas disajikan dengan drama ahli politik sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada bulan Februari 2020, inilah masanya untuk kita memilih kerajaan pilihan rakyat, bukan lagi kerajaan tebuk atap, kerajaan pintu belakang, khianat mandat rakyat dan seumpamanya.

Serius! aku muak tengok gelagat ahli politik berebut kuasa sejak kerajaan PH jatuh. Bukan rakyat saja muak, aku yakin YDP Agong pun menyampah tengok gelagat ahli politik sebab tu baginda memperkenankan pembubaran parlimen untuk PRU15 walaupun dah nak masuk musim banjir.
Baginda nak kerajaan yang stabil, kerajaan pilihan rakyat dan tamatkan drama politik jatuh menjatuhkan serta lompat melompat parti untuk kepentingan sendiri.
Tarikh Mengundi PRU15 Dah Tahu. Nak Undi Siapa?
Soal nak mengundi parti mana, itu hak masing-masing. Masa ini rakyat adalah raja dan wakil rakyat sedang menagih simpati untuk mengundi mereka. Habis PRU menang terus lesap. Rakyat pula terpaksa menagih simpati dengan mereka walaupun hanya untuk mendapatkan tanda tangan borang biasiswa anak. Nak jumpa cukup payah.
Artikel Berkaitan: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih
Artikel Menarik: Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?
Artikel Menarik: Aircond Viva Tak Sejuk. Apa Sebab?
Artikel Menarik: Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak?
Artikel Menarik: Rujukan Ujian Psikometrik SPA
Tarikh mengundi PRU15 dah tahu, jadi laksanakan tanggungjawab anda. Buat pertimbangan terbaik, pilih gabungan parti yang diyakini boleh membawa perubahan. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan prinsip untuk masa depan yang lebih baik.

Contoh, parti yang telah terpalit dengan banyak isu rasuah dan menyamun, tergamak anda nak undi parti tersebut? walaupun bukan semua pemimpin parti tersebut menyamun tetapi imej parti tersebut telah dicop sebagai parti penyamun. Ketika ini, anda sebagai ahli parti tersebut terpaksa mengorbankan prinsip mengundi parti lain untuk mengajar parti anda erti penyesalan.
Ini sebagai contoh saja. Aku tak sebut parti mana. Jangan terasa pula. Pilihan di tangan masing-masing. Gunakan hak mengundi sebaik-baiknya. Sebab kita terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk memilih kerajaan baru jika pilihan kita silap dengan menaikkan kerajaan tak berguna. Orang cakap salah pilih dapat tahi.
Cukuplah setakat ini. Nanti aku update tarikh mengundi PRU15 dan tarikh-tarikh penting lain selepas SPR selesai bermesyuarat dan mengumumkan secara rasmi.
UPDATE! TARIKH PENTING PRU15

“Marilah- mari pergi mengundi, tunaikan kewajipan pada negara”