Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 15 Mei Dan Lokasi Melihat Anak Bulan

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 15 Mei Dan Lokasi Melihat Anak Bulan. Ketika ini rakyat Malaysia sedang berdebar-debar menunggu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diketahui selewat-lewatnya tengah malam ini.

Puas dah rakyat Malaysia bergelumang dengan maki hamun, fitnah dan sebagainya sampai ke hari membuang undi. Selepas malam ini tutup buku bab PRU14.

Jangan lupa kita juga akan menyambut bulan seribu rahmat, bulan Ramadan tak lama lagi. Lebih kurang seminggu saja lagi.

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Ok tarikh melihat anak bulan Ramadan telah ditetapkan pada 15 Mei 2018 dan lokasi melihat anak bulan juga telah dikenalpasti.

Mesti Baca: Yahudi Sedia Menunggu Hari Kiamat. Lihat Apa Mereka Dah Buat…

Tunggu saja pengumuman pada malam 15 Mei nanti untuk mengetahui tarikh permulaan puasa bagi tahun 2018 ini.. Tak sabar betul tak?

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 15 Mei Dan Lokasi Melihat Anak Bulan

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.

Ia merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

11. Menara Alor Setar, Kedah

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen. – Sumber

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Popular

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 15 Mei 2018. Kita hanya tunggu saja pengumuman yang akan dibuat pada malam itu juga.

Seronok dan semua dah tak sabar menunggu ketibaan bulan seribu rahmat ini.

Selepas itu, kita akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri pula. Apapun, sebelum sibuk nak fikir baju raya apa tahun ini, puasa penuh Ramadan dahulu ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *