Tarikh Bayar BR1M 2018. Siapa Dapat Syoknya…..

Heboh di laman sosial katanya tarikh bayar BR1M 2018 dah keluar. Jika anda ada memohon BRIM 2018 dan layak bolehlah berangan kerana bayaran BR1M 2018 akan dibuat dalam masa terdekat ini.Tarikh Bayar BR1M 2018

Beruntunglah siapa yang dapat BRIM 2018 kerana kadar bayaran telah dinaikkan dan sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak atau persiapan menyambut bulan puasa dalam beberapa bulan sahaja lagi.

Tak Layak Dapat BR1M 2018? Jom Semak Kelayakan Anda

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Tak Tahu Cara Semak Keputusan Kelayakan BR1M 2018?

  • Rakyat Malaysia yang telah membuat permohon dan kemaskini BR1M 2018 akan mengetahui keputusan permohon BR1M 2018 melalui cara berikut:
  • Surat yang akan dipos ke rumah mengikut alamat dalam permohonan
  • Semakan keputusan BR1m 2018 online (https://ebr1m.hasil.gov.my)
  • Email yang didaftarkan dalam permohonan BR1M
  • Aplikasi Mobile BR1M (muat turun di Play Store untuk android dan App Store untuk iOS)

Tarikh Bayar BR1M 2018

[UPDATE] Tarikh Bayar BR1M 2018. Ini Yang Tak Sabar Lagi….

Sudah tentu ini yang paling ditunggu bagi yang layak mendapat BRIM 2018. Dapat duit nanti jangan lupa belanja orang yang tak dapat BR1M 🙂

1. Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2000

Jumlah Bayaran: RM450

Tarikh Bayaran: 26 Februari 2018

2. Isi Rumah (Pendapatan Bulanan RM3000 Sehingga RM4000 Sebulan)

Jumlah Bayaran: RM900

Tarikh Bayaran:

  • Ansuran Pertama: RM300 (26 Februari 2018)
  • Ansuran Kedua: RM300 (Jun 2018 – tarikh akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga: RM300 (Ogos 2018 – tarikh akan dikemaskini)

3. Isi Rumah Pendapatan Bawah RM3000

Jumlah Bayaran: RM1200

Tarikh Bayaran:

  • Ansuran Pertama: RM400 (26 Februari 2018)
  • Ansuran Kedua: RM400 (Jun 2018 – tarikh akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga: RM400 (Ogos 2018 – tarikh akan dikemaskini)

Artikel Menarik: Sebab Beruban Bukan Bermaksud Anda Tua!

Nantikan tarikh bayar BR1M 2018 yang rasmi. Nanti aku akan kemaskini apabila dapat pengesahan walaupun aku tak layak dapat BRIM.

Siapa yang dapat BRIM 2018 nanti jangan boros sangat, jangan buat main kuda dan jangan lupa payung kawan yang tak dapat BR1M minum ok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *