Bila boleh rentas negeri? perantau sudah tentu tak sabar nak balik kampung, jumpa orang tua jika masih ada atau adik beradik. Sejak Covid wujud, PKP dilaksanakan banyak urusan terganggu. Dalam tak sedar juga sudah 2 tahun kita tidak menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarga di kampung.
Kita sebagai rakyat biasa tak boleh berbuat apa, hanya tunggu arahan kerajaan. Ikut hati memang geram tetapi dah semua sempadan negeri ditutup nak balik kampung ikut celah mana.

Bukan balik kampung saja tetapi sudah pasti ramai yang rindu nak melancong merentas negeri, dah lama sangat terperuk di tempat sendiri, nak juga berjalan ke negeri orang.
Tak Lama Dah Boleh Rentas Negeri
Kalau ikut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, aktiviti rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa, jangkaan dalam 2-3 minggu ketika artikel ini ditulis – Sumber
Senang cakap sebulan lagi. Jika tiada aral dalam pertengahan bulan Oktober 2021. Harap jangan ada u-turn, kita dah jemu tengok kerajaan u-turn tak kira siapa pun yang memerintah.
Covid ini tak akan selesai. Nak tak nak hidup sajalah dengan Covid, kembali kepada kehidupan normal, patuhi SOP. Sampai bila nak berkurung? Lagipun kalau dah hampir semua rakyat ambil vaksin, risiko jangkitan dah berkurang.
Artikel Menarik;
Tak nak ambil vaksin? terpulang. Itu hak peribadi tetapi kerajaan ketika ini nampak seperti menekan. Mula-mula kata tak paksa sekarang dah lain. Siapa tak cucuk vaksin tak boleh masuk sana sini .. tak boleh buat itu ini .. nak buat undang-undang untuk antivaksin. Entahlah, kita tengok nanti apa yang kerajaan buat untuk yang tak nak cucuk vaksin.
Aku sendiri pun dah mual tengok isu vaksin. Aku lengkap dua dos, antara yang terawal apabila vaksin sampai ke negara kita. Ini dengar kata ada dos ketiga pula. Lepas tu jadi kewajipan cucuk setiap tahun agaknya.
Oklah malas dah nak menulis pasal vaksin, PKP, SOP… menyampah! aku sekarang cuma nak tengok sejauh mana kebenaran boleh rentas negeri, adakah janji manis, ambil hati rakyat atau sekadar cakap kosong (u-turn)?
Sementara nak tunggu boleh rentas negeri, jom ambil mood dahulu. Layan lagu Balik Kampung, Allahyarham Sudirman.
Kredit Channel Youtube matwe5353