Tahu Tak Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia? Kucing dengan manusia tak dapat dipisahkan. Ke mana-mana saja kita pergi, makan di kedai, pergi pasar walhal di tepi jalan pun kita nampak kucing merayau-rayau.
Sememangnya kucing sangat dekat dengan kehidupan manusia. Oleh kerana kucing haiwan yang jinak dan mudah dipelihara, haiwan ini selalu dijadikan haiwan peliharaan. Dengan wajah yang comel dan keletah yang mencuit hati, kucing boleh menghilangkan stress bagi kebanyakan orang.
Aku dahulu pun semasa kecil memelihara banyak kucing yang diberi pelbagai nama yang pelik-pelik. Aku ingat lagi kucing jantan aku dulu diberi nama “Maarof” dan kucing betina mendapat nama “Anita”.Sayangnya aku kepada kucing semasa kecil dahulu sampai tidur bersama tetapi sayangnya kedua-dua akuicng tersebut telah lama hilang daripada dunia aku. Seekor mati dan seekor lagi hilang terus.
Mesti Baca: Yahudi Dah Bersedia Menunggu Hari Kiamat. Jom Tengok Apa Mereka Buat?
Ok cukup setakat itu kisah aku dengan kucing. Apa yang aku nak ceritakan di sini satu berita yang agak menarik bagi peminat kucing. Tahu tak anda kucing daripada baka apa dikenali sebagai kucing paling mahal di dunia?
Hasil pembacaan, aku terjumpa informasi yang mana kucing daripada jenis “Ashera” dikenali sebagai baka kucing paling mahal di dunia. Berapa harga baka kucing tersebut?
Ashera – Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia
- Harga: RM64,000 hingga RM426,000
- Baka kucing termahal di dunia jatuh kepada, Ashera, merupakan baka yang dikacuk antara kucing serval Afrika, kucing Asian Leopard dan kucing domestik biasa.
- Berkarakteristik, sangat bijak, setia dan juga manja, namun kesahihan dan ketulenan baka ini dipertikai kerana satu-satunya kucing yang diuji DNA-nya dan telah terbukti sebagai baka Savannah.
Jom Tengok Lagi 9 Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia
Kalau baka kucing Ashera saja dah mencecah sehingga RM64,000 iaitu harga sebuah Perodua Alza, memang tak mampu aku nak membelinya. Kalau mampu pun tak beli kot 🙂
1. British Shorthair: RM2,000 hingga RM6,500
2. Scottish Fold: RM850 hingga RM12,800
3. Sphynx: RM1,280 hingga RM12,800
4. Russian Blue: RM1,700 hingga RM12,800
5. Peterbald: RM5,000 hingga RM20,000
6. Parsi: RM2,100 hingga RM23,500
7. Allerca Hypoallergenic: RM25,500
8. Bengal: Sehingga RM106,000
9. Savannah: RM6,400 hingga RM212,000
Sumber Artikel dan Gambar: Google
Seram tengok harga kucing di atas betul tak?
Tetapi semua baka di atas daripada baka berkualiti dan menjadi pilihan peminat kucing di dunia, memang kenalah dengan harganya.
Bagi peminat tegar kucing.. kalau dah minat dan ada duit biarlah mereka nak beli kucing baka paling mahal pun, duit mereka betul tak?
Aku pun minat dengan kucing dan tengok anak kecil aku pun suka sangat kucing tetapi buat masa sekarang nak membela kucing dalam rumah belum masa lagi tunggulah anak dah besar sikit.
Kalau ada duit beli kucing sekalipun, aku tak beli kucing baka paling mahal di dunia seperti di atas, cukuplah kucing kampung 🙂
Mesti Baca: Aku Ada Tanda-Tanda Ketagih Internet?
Pingback: Sebab Beruban Bukan Bermaksud Anda Tua! • Carian Semasa
Pingback: Anak Selesema Memang Merimaskan Tetapi Apa Nak Buat? - From Temerloh With Love
Pingback: Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018 • Carian Semasa
Pingback: BN Dah Tak Laku, Tukar Nama Asalkan Bukan BN • Carian Semasa