Suku Akhir Piala Dunia 2018 Bermula. Siapa Yang Akan Mara?

Suku akhir Piala Dunia 2018 akan bermula pada 06 julai jam 10 malam waktu Malaysia. Pasukan mana yang akan mara ke peringkat separuh akhir? Piala Dunia Rusia memang banyak drama yang tak dijangka terutama melibatkan negara kuasa bola sepak dunia.

Untuk makluman, ada siaran langsung suku akhir piala dunia 2018 di RTM dan Astro Arena untuk perlawanan malam ini. Bagi perlawanan lain kurang pasti mungkin ada tetapi “delay”.

Siapa sangka juara edisi 2014, Jerman tersingkir peringkat kumpulan. Sepanyol juara Piala Dunia 2010 disingkirkan tuan rumah Rusia. Argentina yang diwakili Lionel Messi tersungkur di pusingan kalah mati 16 pasukan. Begitu juga Portugal dengan reputasi juara Euro 2016 dan diwakili Cristiano Ronaldo juga terpaksa meninggalkan kempen Piala Dunia 2018 lebih awal.

Rasanya semua sudah tahu jadual perlawanan suku akhir piala dunia Malam ini akan ada lagi beberapa pasukan besar akan mengucapkan selamat tinggal Rusia. Atas kertas, Perancis dan Brazil akan mara ke peringkat separuh akhir tetapi ini piala dunia tetapi piala dunia sentiasa ada kejutan.

Suku Akhir Piala Dunia 2018 Bermula. Siapa Yang Akan Mara?

Suku Akhir Piala Dunia 2018

Pada pandangan aku, Perancis, Brazil, England dan Croatia adalah calon ke perlawanan separuh akhir piala dunia 2018 melihat kepada status mereka sebagai kuasa bola sepak dunia.

Belgium juga pilhan aku untuk muncul juara dunia tetapi berdepan Brazil memang agak sukar. Mereka tak sepatutnya bertemu suku akhir tetapi di perlawanan akhir tetapi apakan daya.

Suku Akhir Piala Dunia 2018

Inilah laluan ke perlawanan separuh akhir dan seterusnya pertemuan akhir yang akan menobatkan juara baru dunia.

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

Mesti Baca: Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Jangkaan aku untuk perlawanan akhir piala dunia 2018 adalah di antara Brazil vs England seterusnya menobatkan Brazil juara piala dunia kali ini.

Apapun, ini jangkaan sahaja. Ramalan di atas kertas biasanya berbeza dengan realiti. Lihatlah saja berapa banyak pasukan besar tumbang dan gagal mara ke suku akhir piala dunia 2018.

Pasukan pilihan anda bagaimana? Masih meneruskan perjuangan dalam suku akhir Piala Dunia 2018 atau anda terpaksa memilih pasukan baru?

Pasukan pilihan aku, Portugal bungkus awal. Pilih pula Belgium yang masih berjuang tetapi hati aku kuat merasakan Brazil juara piala dunia 2018 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *