Sound Search Milik KidDin. Meremang Tengkuk..

Rasanya semua dah tahu yang kumpulan rock gergasi tanah air, Search sudah berpecah dua. Kelompok peminat Search pening memikirkan Search yang mana “ori”, nak ikut yang mana. Kalau memilih nostalgia, itulah Search Amy Hillary tetapi jika anda memilih “Sound Search” ianya milik Search Kid Din. Noktah!

Sound Search Milik KidDin. Meremang Dengar Teguh...
Kredit Gambar: kosmo.com.my

Mengapa aku kata begitu?

Rasanya semua tahu majoriti album Search dimainkan oleh Kid dan Din. Merekalah yang mencorak hala tuju muzik Search. Bukan menidakkan Search Amy yang ditunjangi Hillary dan Man Kidal tetapi setuju atau tidak petikan gitar Kid dan Din lebih meremang bulu roma, meresap ke lubuk hati dan boleh menitik air mata.

Sound Search…. Lagu Teguh

Cuba dengarkan intro dan part solo lagu “Teguh” yang dimainkan Kid dalam konsert Search Rockin’ On Rooftop baru-baru ini. Pehhhhh…. macam menangis gitar tu. Part solo aduhhh… sebiji macam dalam kaset. Itu mujur solo Isabella tak ada malam tu.

Mesti Baca;

6 Tempat Menarik Di Temerloh

Cara Baiki Kipas Siling Bunyi Bising

Kredit Video: Teh Tarik TV

Penyanyi baru Search? Denden Gonjalez …… suara serak basah penyanyi berasal dari Indonesia ini memang sesuai dengan lagu nada tinggi Search. Walaupun ada beberapa part yang aku dengar macam menjerit bingit tetapi ianya boleh diasuh lagi oleh Kid Din. Ini konsert pertama dengan Search, rasa gementar wajib ada apabila berdepan dengan peminat tegar kumpulan rock lagenda negara. Overall… aku puas hati dengan Denden.

Harap sangat kalau ada konsert Search KidDin lagi dalam masa terdekat, aku nak pergi dengar sendiri tengok depan mata. Rasakan aura dan meremang tengkuk dengan Sound Search yang ori.

Leave a Reply

Your email address will not be published.