Di antara soalan yang sering berlegar-legar ketika ini ada ke siaran langsung Astro, RTM pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 menjelang pertemuan pertama Perancis dengan Argentina malam ini?
Kalau Live Streaming Perancis vs Argentina memang ada. Google saja atau cari di ruangan “search” di Facebook memang ada tetapi bergantung kepada talian internet anda.
Kalau guna TM streamyx mungkin tak terkesan sangat tetapi kalau guna mobile data yang ada limit memang merana apabila kouta internet semakin kurang.
Ada Siaran Langsung Astro, RTM Pusingan Kalah Mati Tak?
Kalau tengok rancangan di TV hari ini memang ada di Astro Arena dan RTM bagi perlawanan Perancis lawan Argentina tetapi “delay”.
Maksudnya kita dapat tengok bukan pada masa perlawanan sebenar. Ianya dilambatkan sedikit daripada siaran langsung.
Jadi, jawapannya kita masih boleh menonton siaran langsung Astro, RTM untuk pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 hari ini.
Mesti Baca: Jadual Perlawanan Kalah Mati Piala Dunia 2018
Mesti Baca: Senarai Penjaring Gol Piala Dunia 2018
Begitu juga perlawanan Portugal menentang Uruguay pukul 2 pagi nanti. Kita boleh menonton percuma perlawanan tersebut tetapi “delay”.
Kalau yang ada Astro Supersport tu boleh tengok “on time” tetapi bagi yang tidak melanggan macam aku terpaksa tonton perlawanan “delay” la….. atau pun tengok Live Streaming tetapi tengok melalui internet ini kadang-kadang sakit jiwa apabila talian internet terputus-putus walaupun guna TM Streamyx.
Perlawanan Kalah Mati 16 Pasukan Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia
Jadual di atas adalah jadual perlawanan melibatkan 16 pasukan yang berentap dalam perlawanan kalah mati bagi menentukan pasukan yang akan mara ke suku akhir Piala Dunia 2018.
Seperti yang aku nyatakan di atas tadi, jika anda memilih untuk menonton siaran percuma memang ada tetapi “delay” atau lambat sikit daripada masa sebenar perlawanan.
Mesti Baca: 10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan Atau Swasta
Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)
Kalau tiada pilihan pergi sahaja tonton di kedai mamak, pakat dengan kawan-kawan tengok ramai-ramai seronok juga.
Oklah, fikir-fikirlah macam mana nak tonton siaran langsung Astro, RTM pusingan kalah mati yang “delay” atau pun pergi mamak atau tengok Live Streaming.
Aku tonton “delay” sahaja tetapi dalam masa yang sama aku tonton Live Streaming. Nanti aku update Link untuk tonton Live Streaming Perancis lawan Argentina malam ini.