Siapa Muhyiddin?? Aku Tak Undi Dia!! Kenapa Dapat Bantuan??!! Aku Marah!! Super Ring Aku Mana Woiii…??

Siapa Muhyiddin??!! Aku tak undi dia!!! Hahahahahaha… hadoiiii… Manalah pergi minah Super Ring yang melalak selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan digantikan Pakatan Nasional (PN). Marah betul dia masa tu.

Hari ini masih marah lagi ke? atau dah bertukar jadi beruang seperti Jho Low?

Sejak PKP dilaksanakan, banyak sungguh bantuan yang kerajaan bagi untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat penularan virus COVID-19.

Alhamdulillah…. Syukur…. kerajaan “pintu belakang” yang sangat dimarahi minah Super Ring sangat membantu rakyat yang tersepit angkara PKP.

Aku Tak Undi Dia!! Kenapa Dapat Bantuan??!!

Lantak ko lah!!! tak nak bantuan sudahlah bukan kena paksa terima pun. Bukan semua orang undi Muhyiddin sebab dia bertanding di Pagoh, aku pun mengundi di Temerloh, dah sah aku pun tak undi dia.

Aku Tak Undi Dia!! Kenapa Dapat Bantuan??!!

Aku sangat berharap minah Super Ring dan siapa sahaja yang menghina kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin sebelum ini, tolonglah JANGAN terima bantuan ini, serahkan kepada orang susah lain yang lebih memerlukan.

Artikel Berkaitan: COVID-19, PKP Dan Peluang Bersama Keluarga

Kepada minah Super Ring, masih belum terlambat untuk meminta maaf kepada Muhyiddin, tak perlu tunggu hari raya baru nak minta maaf.

Aku percaya Muhyiddin pemaaf orangnya dan kami semua akan terima anda sebagai wanita suci seperti baru dilahirkan andai sedia meminta maaf seterusnya dapat menerima bantuan yang diumumkan Muhyiddin dengan senang hati sambil makan Super Ring.

Dahlah… lupakan minah Super Ring, dia pun entah ke mana hala hilang dah tu.. Jadi, apa cerita bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) angkara PKP dan COVID-19?

Aku senaraikan apa yang rakyat dapat. Semoga bantuan-bantuan tersebut dapat melegakan rakyat bawahan yang menerima kesan langsung akibat COVID-19 dan PKP.

Bantuan Tunai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)

Berikut adalah bantuan tunai yang diberikan kerajaan merangkumi golongan B40 & M40:

Pertama: RM1,600 kepada hampir empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Ketiga: RM800 kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Sumber

Aku Tak Undi Dia!! hahahaha… sudahlah… malas aku layan lagi cerita minah Super Ring. Ko nak ambil bantuan ko ambil kalau tak nak bagi saja kepada orang lain.

Apapun, terima kasih sangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. YA! aku pun tak undi dia tetapi aku tak peduli semua itu kerana di mata aku anda seorang PM yang sangat prihatin kepada rakyat dalam kesempitan. Terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *