Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands. Apabila sebut sahaja Cameron Highlands perkara pertama yang kita bayangkan adalah cuaca sejuk dan ladang teh yang menghijau. Aku sendiri pun sangat suka melancong ke Cameron Highlands kalau ada masa dan kewangan mengizinkan tetapi kali terakhir ke sana tahun lepas agak mengecewakan kerana jalan raya sangat sesak, orang cakap “jem gila”. Aduiiii..
Kalau dahulu pergi hujung minggu jalan raya aman saja, sekarang tak kira masa, cuti sekolah, cuti umum,hujung minggu memang sesak sangat buat aku rasa macam serik nak ke sana lagi.
Itu pengalaman aku ke Cameron Highlands tahun lepas, terpulang kepada pengalaman masing-masing, mungkin berbeza.
Mesti Baca: 6 Lokasi Menarik Jika Melancong Ke Temerloh
Apabila sebut sahaja bercuti, hotel menjadi perkara pertama yang difikirkan. Nak tidur hotel mana? di mana hotel murah di Cameron Highlands? Kalau berduit mungkin tak kisah sangat tidur hotel berjenama tetapi bagi yang biasa-biasa sahaja macam aku, hotel murah menjadi pilihan.
Pandangan aku mudah. Tidur hotel mahal pun bukan nak lepak di bilik sahaja, banyak tempat menarik nak berjalan di Cameron Highlands. Pendek kata, balik hotel untuk tidur sahaja. Jadi, buat apa nak buang duit tidur hotel mahal betul tak?
Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands
Jom kita tengok di antara senarai hotel murah di Cameron Highlands. Pilih ikut bajet dan kemampuan bukan nak tidur sangat pun.
1. Jasmine Hotel, Cameron Highlands (RM100 Tepat)
Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya.
Katil di dalam bilik juga cukup besar. Televisyen di dalam bilik pula merupakan televisyen LCD yang lengkap dengan saluran satelit. Dengan lokasinya yang strategik, tempat tarikan pelancong seperti Gurdwara Sahib Brinchang dan Tokong Sam Poh juga dekat dengan hotel di Cameron Highland ini.
2. Hotel Snooze Too, Cameron Highlands (~RM80)
Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag.
Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini. Kepada yang memandu, ada banyak tempat pakir di sekitar hotel ini yang terletak di kawasan kedai baru di Brinchang. Hotel murah di Cameron Highland ini mempunyai lokasi yang amat strategik kerana dekat dengan pasar malam.
Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Popular
Terdapat banyak gerai-gerai makan dan restoran di sekitar hotel di Brinchang Square ini. Lif juga disediakan bagi mereka yang duduk di tingkat atas. Ketiadaan almari merupakan satu-satunya kelemahan bilik hotel murah di Cameron Highland ini.
3. Hotel Parkland Cameron Highlands (~RM90)
Hotel Parkland merupakan hotel bajet serba moden di Brinchang, Cameron Highland. Hotel ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk melancong maupun untuk tujuan bisnes.
Kedudukannya juga dekat dengan tarikan pelancong utama seperti Gurdwara Sahib Brinchang, Tokong Sam Poh. Antara kemudahan utama yang tersedia di hotel bajet di Cameron Highlands ini adalah lif, pakir percuma dan wifi internet di semua bilik dan di lobi hotel. Bagi pengemar golf, padang golf hanya terletak kurang 3km dari hotel murah ini.
Sama ada anda berada di Cameron Highlands untuk menikmati cuaca yang dingin, berishtirahat, melancong ataupun urusan perniagaan, hotel Parkland Cameron Highlands dapat memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga anda.
4. KRS Pines Guest House (~RM50)
Terletak di Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands, KRS Pines Guesthouse merupakan sebuah hotel ala homestay in Cameron Highlands yang terletak hanya 4km dari ladang teh Cameron Bharat. Ladang strawberry, ladang teh BOH dan Lembah Kaktus (Cactus Valley) juga mudah dikunjungi dari hotel murah di Cameron Highland ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling murah di Cameron Highlands.
Penginap hotel homestay ini juga boleh bersantai di taman hotel hotel ini selepas mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong di Cameron Highland. Wifi percuma juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di lobi hotel dan juga di tingkat bawah.
Mesti Baca: Senarai Pasar Malam, Pasar Tani Dan Pekan Sehari Temerloh
Hotel homestay murah di Cameron Highlands ini menyediakan tiga jenis bilik bagi memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Anda boleh memilih antara bilik tunggal untuk penginapan bersendirian, bilik twin untuk dua orang, ataupun bilik triple untuk empat orang.
5. TJ Lodge – Hotel Murah di sekitar RM50 di Cameron Highlands
Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highlands. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata.
Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.
6. Sam Jade Guest House (~RM80)
Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda.
Mesti Baca: Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan
Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.
7. Country Lodge Resort (~RM90)
Kelebihan hotel ini adalah lokasinya yang dekat dengan pasar malam di Brinchang. Kalau anda datang bercuti di Cameron Highland bersama anak-anak, hotel murah di Cameron Highland ini juga amat sesuai kerana family studio dan apartmen 2 biliknya cukup untuk memuatkan 6 orang.
Terdapat juga bilik quad di Country Lodge Resort untuk 4 orang penghuni di samping Bilik Deluxe untuk 2 orang. Walaupun hotel ini bergelar resort, ia hanya bertaraf dua bintang. Jadi, jangan kecewa jika anda tidak menikmati kemudahan resort di sini. Pada harganya yang begitu murah, hotel ini hanya menyediakan kemudahan asas seperti wifi percuma untuk pelanggannya.
Kredit: Facebook Pakar Travel
Itulah di antara senarai hotel murah di Cameron Highlands. Sebelum bercuti ke sana, adalah lebih baik buat “survey” dahulu, bertanya dengan kawan-kawan atau dapatkan maklumat lanjut daripada hotel yang disenaraikan dengan menghubungi mereka terlebih dahulu.
Pesan aku, janganlah pergi Cameron Highlands masa cuti sekolah atau cuti umum, kalau tidak anda terpaksa berdepan dengan jalan jam yang sangat teruk. Masa yang boleh digunakan untuk berjalan ke sana sini banyak habis dalam kereta sahaja 🙂