Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung bila-bila masa saja daripada sekarang macam-macam cerita kita dah dengar daripada tarikh PRU14, calon yang bertanding, calon yang gugur, persempadanan semula PRU14 dan macam-macam lagilah.
Bagi pengundi yang baru berdaftar untuk menjadi pengundi dalam PRU14 i i sudah tentu tidak sabar lagi nak memangkah calon yang boleh membawa suara kita ke parlimen nanti.
Undi adalah rahsia. Itulah kata-kata yang biasa kita dengar daripada mulut pemimpin mahu pun dariipada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sendiri, jadi terpulanglah kepada anda nak memilih calon daripada blok kerajaan atau pembangkang. Anda yang menentukan masa depan negara.
Anda Mengundi Di Mana? Jom Semak Daftar Pemilih
Jika anda pengundi lama, anda sudah tahu di mana anda akan membuang undi nanti tetapi bagi yang baru berdaftar sebagai pengundi, anda tahu tak di mana anda akan mengundi nanti? DUN mana? Parlimen mana?
Bagi aku sendiri, tidak syak lagi aku akan membuang undi di dalam Parlimen Temerloh dan DUN Kuala Semantan tetapi itu dahulu sekarang aku dah berubah ke DUN lain pula selepas persempadanan semula PRU14. Nanti aku ceritakan……
Ok dah tahu di mana mengundi PRU14 nanti? Bagi yang belum berdaftar pergilah segera daftar sebagai pemilih cuma untuk mengundi dalam PRU14 ini tak tahu masih sempat ke tak.
DUN Berubah Selepas Persempadanan Semula PRU14
Ini yang aku nak ceritakan sebenarnya. Sebelum ini aku berdaftar sebagai pengundi yang sah dalam Parlimen Temerloh, DUN Kuala Semantan tetapi…..
apabila persempadanan semula PRU 14 disahkan dan diwartakan baru-baru ini, DUN aku pun berubah. Aku diletakkan di bawah DUN Mentakab pula yang mana majoriti penduduk dalam DUN Mentakab adalah orang Cina 🙂
Mesti Baca: Parlimen Temerloh Kerajaan Atau Pembangkang Kuat?
Oklah, aku tak kisah pun sebenarnya tetapi nak buat pilihan nanti yang berat tu. Kalau nak tahu DUN Mentakab dikuasai DAP yang mana penyandangnya adalah orang Melayu yang bernama Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang menewaskan calon daripada MCA (Barisan Nasional).
Kiranya, dalam PRU14 nanti aku harus memilih calon DAP atau MCA? Sebelum ini, aku kena memangkah calon PAS atau UMNO tetapi kali ini macam janggal pula……
Yang mana satu calon DUN pilihan aku nanti?
>> Klik Untuk Semak Daftar Pemilih Selepas Persempadanan Semula >>
Biarlah, malas aku nak cakap lebih-lebih bab politik ini. Aku rasa menyampah pun ada. Bukan apa tak kira siapa pun menang masa sebelum PRU bukan main lagi senyum sampai telinga nampak je di mana-mana selepas PRU nanti hilang duduk KL tu. Hampas betul!
Bagaimana dengan anda? Adakah masih mengundi dalam DUN yang sama selepas persempadanan semula PRU14 ini? Jangan lupa semak ok.
Tak kiralah DUN mana anda dimasukkan, yang penting buat pilihan terbaik nanti. Jangan ikut emosi sangat 🙂