Siapa pilihan orang Temerloh untuk tempoh 5 tahun akan datang? bahang PRU15 semakin terasa. Agak sukar diramal siapa yang akan dinobatkan sebagai ahli parlimen Temerloh.
Semua parti ada kelompok penyokong masing-masing, kekuatan parti tidak boleh dilihat sekadar daripada jumlah kehadiran orang dalam ceramah.
Kadang-kadang orang memang suka mendengar ceramah politik, maklumlah 5 tahun sekali dapat merasai suasana PRU. Pendek kata, semua ceramah politik dia pergi dengar.

Jujurnya, aku pun jenis macam tu. Semua ceramah politik aku dengar sama ada turun ke lapangan atau dengar melalui live di facebook.
Apa aku perhatikan di Temerloh ketika ini memang tak tahu siapa yang akan menang sebabnya orang Temerloh lain macam sikit, mereka suka tukar-tukar ahli parlimen. BN dah merasa, PAS dan PH pun sama. Jadi, susah nak ramal kehendak orang Temerloh.
PRU15: Siapa Pilihan Orang Temerloh?
Daripada dapatan di media sosial dan cakap-cakap di kedai kopi, ramalan aku untuk parlimen Temerloh hanya dua parti yang akan berentap sengit iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Pakatan Harapan (PH) agak ketinggalan mungkin kerana orang Temerloh masih marah kepada wakil rakyat terdahulu yang “hilang” selepas menang. Calon baru pula anak muda yang bukan anak tempatan (orang Terengganu).
Gerakan Tanah Air (GTA) atau Pejuang boleh dianggap sekadar bertanding sahaja. Peluang untuk menang hampir mustahil walaupun calon ahli parlimen GTA nampak berkarisma, anak tempatan pula cuma beliau duduk dalam parti yang salah barangkali.
Artikel Berkaitan: Calon Parlimen Dun Dan Parlimen Temerloh PRU15
Artikel Menarik: Makanan Tradisi Pahang. Yang Mana Best?
Pertembungan BN dan PN di parlimen Temerloh dijangka hangat. Siapa pilihan orang Temerloh kali ini? Orang lama, Dato Sharkar (UMNO) atau pendatang baru daripada PAS, Hajah Salamiah Mohd Nor.
Jangan-jangan GTA menang mahu terkejut beruk semua nanti.
Bagaimana dengan DUN? jangkaan aku semua parti yang menang dahul. u kekal. Lanchang (BN), Kuala Semantan (BN) dan Mentakab (PH).
Bagaimana dengan anda semua? dah buat pilihan parti mana yang dipangkah nanti? buat pertimbangan terbaik, jangan ikut emosi, jangan buat undi rosak dan paling penting JANGAN tidak hadir mengundi. Rebutlah peluang 5 tahun sekali untuk tentukan pemimpin.
UPDATE!
Keputusan PRU15 telah diketahui. Bagi daerah Temerloh, parlimen dimenangi Perikatan Nasional (PN). Manakala DUN Kuala Semantan (PN)), Lanchang (PN) dan Mentakab (PH).
Barisan Nasional (BN) Temerloh menerima tamparan hebat kerana tewas semua kerusi PRU15. Jangkaan aku BN menang di Lanchang dan Kuala Semantan meleset. Gelombang PN sangat kuat membadai Temerloh malah seluruh negara.
BN Temerloh kena bekerja keras menawan semula hati rakyat Temerloh. Kekalahan 4-0 adalah prestasi terburuk BN Temerloh, penolakan total.
Tahniah PN anda terbaik! ambil kemenangan ini sebaik mungkin, jalankan amanah yang telah diberi. JANGAN hilang sebab 5 tahun akan datang anda akan ditolak kerana pengundi Temerloh lain macam sikit, mereka suka bertukar-tukar.