Bahang PRU15 semakin terasa. Ketika ini semua parti sedang sibuk memuktamadkan calon-calon yang akan bertanding di Parlimen atau DUN. Aku pun tertunggu-tunggu juga siapa calon Parlimen dan DUN Temerloh, tak sabar nak tenyeh kertas undi.
Persaingan sengit PRU14 menyaksikan gelombang kebangkitan Pakatan Harapan (PH) di seluruh negara turut berjangkit ke daerah Temerloh dengan menyaksikan kemenangan calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir mewakili Parti Amanah Negara.

Manakala DUN dalam Parlimen Temerloh pula dikuasai oleh YB. Encik Woo Chee Wan (Mentakab) daripada PH-DAP, YB. Dato’ Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin (Lanchang) daripada BN-UMNO dan YB. Dato’ Haji Nor Azmi Bin Mat Ludin (Kuala Semantan) daripada BN-UMNO.
Artikel Menarik: Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak?
Artikel Menarik: Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?
Artikel Menarik: Kawasan Hotspot Banjir Pahang 2022
Secara amnya, parlimen Temerloh ini lain macam sikit. Semua parti boleh menang, tiada parti yang betul-betul dominan. Parlimen Temerloh pernah dimenangi BN, PH dan PAS. Ini menunjukkan orang Temerloh suka “tuko-tuko”. Aok jangan buat pasai sini, koi humban aok.
PRU15: Calon Parlimen Dan DUN Temerloh
Sehingga artikel ini ditulis belum ada pengesahan rasmi siapa yang akan menjadi calon Parlimen dan DUN. Nanti aku akan update apabila dapat pengesahan rasmi.
Secara peribadi, aku nampak parlimen Temerloh akan bertukar tangan. Agak sukar PH untuk mengekalkan kemenangan berdasarkan pemerhatian dalam group-group facebook Temerloh dan cakap-cakap di kedai kopi.

Bukan PH tak bagus tetapi penyandangnya ketika ini kurang menyerlah dan kurang menonjol. Dengar kata dia tak berapa sihat mungkin mengganggu kerja-kerja rasmi sebaagi wakil rakyat. Kalau betul memang elok ditukar. Pendapat peribadi aku, parlimen Temerloh akan bertukar tangan kepada BN atau PN. Manakala untuk tiga DUN di bawahnya mungkin kekal sama iaitu Mentakab (PH), Kuala Semantan (BN) dan Lanchang (BN).
UPDATE! CALON PARLIMEN DAN DUN TEMERLOH PRU15
Seperti yang dijangka, YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, PH-AMANAH tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh.
Banyak feedback aku dengar dan baca orang Temerloh memang akan tolak beliau jika bertanding semula. PH-AMANAH mesti dah dapat maklumat tersebut dan tak nak ambil risiko. Siapa pengganti beliau?
PARLIMEN TEMERLOH
- Mohd Hasbie Bin Muda – PH
- Dato’ Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin – BN
- Salamiah Mohd Nor – PN
- Aminuddin Yahaya – Pejuang/GTA
DUN TEMERLOH
Bagi Dun di bawah Temerloh pula, setakat ini YB. Dato’ Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, penyandang ADUN Lanchang telah mengesahkan tidak mempertahan kerusi DUN Lanchang. Khabar angin beliau akan ke parlimen Temerloh bertanding sekali lagi selepas tewas PRU14.
- Lanchang – Datuk Razmi Sudin – BN, Hassan Omar – PN, Jamil Yaakub – PRM, Zaini Bin Mohamad – Pejuang/GTA, Rosli Ismail – PH
- Mentakab – Wong Tze Shiang – BN, Woo Chee Wan – PH, Mohd Yusoff Abdullah – PN, Abdul Wahab Kadir – Pejuang/GTA
- Kuala Semantan – Dato’ Haji Nor Azmi Bin Mat Ludin – BN, Hassanuddin Salim – PN, Azizul Shah – PH, Shafiq Haidir – Pejuang/GTA
Tunggu update seterusnya calon-calon yang akan bertanding nanti. Memang menarik melihat percaturan parti bertanding.
Siapa Calon Perdana Menteri Ke-10?
Seperti biasa nama Anwar Ibrahim tidak pernah tercicir sebagai calon PM. Walaupun telah mencuba banyak kali masih gagal dan beliau sebenarnya hampir mencapai cita-cita pasca PRU14 tetapi digagalkan sekali lagi. Sebab itu beliau sering dimomokkan sebagai “PM Tepi”. Mungkin PRU15 adalah percubaan terakhir untuk menjadi PM.
Selain itu, nama Tun Mahathir sekali lagi dikaitkan untuk menjadi PM ke-10. Jika terjadi, ini adalah kali ke-3 menjadi PM. Dahsyat dengan umur hampir mencecah 100 tahun. Pendapat aku, kali ini agak mustahil sebab katanya tak dapat sokongan gabungan parti seperti PRU14. Semua parti takut nak bekerjasama dengan Tun atas pelbagai alasan.
Oklah, setakat ini calon-calon PM yang telah disahkan mengikut gabungan parti yang bertanding adalah seperti berikut;
Barisan Nasional (BN) – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
Pakatan Harapan (PH) – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional (PN) – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Gerakan Tanah Air (GTA)/Pejuang – Tun Dr Mahathir Mohamad (belum pasti)
Bagaimana Dengan Negeri Yang Tak Bubar DUN PRU15?
Mengikut pandangan bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata jumlah RM300 juta diperlukan kerajaan bagi menampung kos petugas dan logistik serta keperluan bagi pengundian seperti penambahan saluran pengundi. Ini adalah jangkaan minimum dan mungkin meningkat – Sumber
Susah juga nak cakap sebab itu hak negeri terbabit. Setakat hari ini ada 6 buah negeri tak mahu bubar DUN iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagi negeri yang tak nak bubar DUN serentak dengan Parlimen, pengundi yang terlibat terpaksa pulang ke tempat mengundi DUA KALI. Bukan sahaja kerajaan keluarkan kos tambahan, pengundi pun sama.
Alasan persiapan banjir tak nak bubar DUN pada aku 50-50. Ikut pengalaman, banjir biasa berlaku hujung bulan Disember sehingga Januari. Memang pada bulan November hujan lebat berhari-hari tetapi banjir akan berlaku bulan Disember. Itu atas pengalaman, kalau banjir datang awal kuasa Allah kita tak tahu.
Oklah, ini cuma pandangan aku saja. PRU ini susah nak jangka. Sekali parti bebas pula yang menang mana kita tahu. Rakyat protes menyampah tengok semua parti berebut kuasa. Nanti aku update apabila dapat pengesahan rasmi calon Parlimen dan DUN Temerloh.
Pingback: PRU15: Siapa Pilihan Orang Temerloh? - From Temerloh With Love