Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah

      3 Comments on Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah

Aku baru tergerak hati nak menulis dalam blog cabuk aku ini tentang pengalaman swab COVID-19 dan seterusnya terpaksa menjalani kuarantin di rumah pakai gelang pink hampir 10 hari.

Apa yang boleh aku katakan tentang pengalaman ini?

CUKUPLAH SEKALI!

Seksa sangat oiiii menjalani ujian Swab COVID-19, memang pedih hidung dijolok dan berair mata, sebenarnya tak sakit mana pun cuma sakit kemudian itu yang sebetulnya sakit iaitu KUARANTIN.

Mengapa Aku Kena Swab COVID-19?

Semuanya bermula daripada dua orang staf di pejabat yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Apa lagi melompatlah kami yang lain apabila dapat tahu ada orang positif dalam pejabat.

Masing-masing dah menggeletar satu badan, terbayang kena jolok hidung, duduk pusat kuarantin dan macam-macam lagilah. Kalau sebelum ini, aku pun anggap COVID-19 ini macam penyakit main-main sahaja, serius.

Hari staf pejabat disahkan positif, petang itu juga dapat panggilan daripada doktor dari Klinik Kesihatan untuk datang buat swab test. Adoii… dia punya ketar dan macam-macam terfikir dalam kepala otak.

Tepat jam 3 petang aku dah sampai di Klinik Kesihatan Bandar Temerloh (depan sungai Pahang). Sekali tengok semua staf pejabat dah sampai duduk berkumpul dalam satu khemah untuk sama-sama menjalani ujian swab COVID-19.

Pengalaman Swab COVID-19 Kali Pertama

Sebelum ujian, kami semua berbual rancak, usik mengusik untuk menyedapkan hati. Apabila staf klinik sampai dengan baju PPE, automatik dada berdegup kencang.

Tiba-tiba nama aku yang dipanggil. Cis…. jadi orang pertama kena jolok hidung oiiii.. konon dengan macho dan berlagak kuat padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Kawan-kawan tengok kena tunjuk abang gagah 🙂

Sekejap sahaja ujian swab. Jolok tekak kemudian hidung, cuma apa boleh aku katakan jolok hidung sedikit perit, sampai keluar air mata. Tak sampai beberapa saat, selesai dan terus pulang ke rumah.

Pakai Gelang Pink, Kuarantin Di Rumah

Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah
Sekeluarga pakai gelang pink (tiada dalam gambar isteri dan anak bongsu)

Aku ingatkan selepas jolok hidung terus dapat Borang 14B iaitu surat arahan untuk kuarantin di rumah dan dipakaikan gelang pink rupanya tidak.

Esok baru petugas dari Pejabat Kesihatan Temerloh (PKD) datang untuk bagi borang 14B dan dipakaikan gelang pink. Tak sangka pula satu keluarga kena pakai gelang pink termasuk anak bongsu berusia setahun lebih (semua 5 orang termasuk isteri).

Bermulalah episod kuarantin di rumah angkara menjadi seorang suspek COVID-19.

Best tak kuarantin di rumah? tak payah kerja seminggu, ada surat arahan kuarantin….

Banyak kau punya best!!!

Artikel Menarik

Bosan yang amat sangat, rasa nak pecah kepala, duduk dalam rumah sahaja, keluar ke garaj kereta pun jiran-jiran dah pandang lain macam, rasa macam penjenayah.

Anak jiran pun tak memanggil anak aku main petang-petang macam biasa, mujurlah anak-anak aku faham mereka kena kuarantin, mereka main dalam kawasan rumah sahaja dengan adik beradik.

Nak keluar beli barang makanan atau apa-apa barang keperluan tak boleh, terpaksalah minta tolong adik beradik belikan, memang seksa betul.

Pendek cerita, pengalaman kuarantin di rumah hampir 10 hari akibat suspek COVID-19 sangat menyeksakan daripada PKP tahun lepas, masih lagi boleh keluar rumah.

Keputusan swab test COVID-19 aku NEGATIF. Alhamdulillah…. termasuk semua kawan-kawan aku yang buat test sama-sama hari itu.

Tak lama kemudian, aku dapat panggilan dari PKD Temerloh, kira-kira jam 9 malam (kasihan mereka dah malam pun masih kerja) untuk tarikh dan masa pemotongan gelang pink dan dapat surat pelepasan kuarantin.

Dia punya seronok macam terlepas hukuman mati. Ya Allah, seksa betul kuarantin di rumah hampir 10 hari, cukuplah sekali ini.

Selamat tinggal gelang pink, terima kasih atas pengalaman

Aku bersama keluarga sampai awal di PKD untuk potong gelang pink dan mereka bagi bawa balik gelang tersebut untuk buat kenangan.

Ok aku akan simpan gelang pink tersebut sebab inilah kenangan yang tak mungkin dilupakan, pengalaman swab COVID-19 dan terpenjara dalam rumah sendiri angkara kuarantin wajib.

Selepas apa yang aku alami, hanya doa yang mampu aku panjatkan semoga wabak ini segera dilenyapkan kerana ianya sangat mengganggu kehidupan manusia, aku rindu kehidupan sebelum pandemik.

Anda ada pengalaman macam ni? boleh kongsi di ruangan komen ok 🙂

3 comments on “Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah

  1. ADHA ZAIN

    Pengalaman berharga ni. Belum positif lagi. Bagaimana agaknya perasaan orang positif Covid19?

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman berguna untuk panduan kami semua.

    Reply
    1. Avatar photohaslizam Post author

      kena swab pun dia punya risau selagi tak dapat result, adoiii… bila dapat tau negatif syukur sangat, kalau tak kena kuarantin jauh daripada famili tapi pengalaman kuarantin rumah 10 hari sangat seksa.. hahahaha..cukuplah sekali kena swab.. kena selalu beringat bos 🙂

      Reply
  2. Pingback: Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *