Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

Kali ini aku nak bercerita sedikit pengalaman seram naik cable car Genting Highlands. Genting Highlands sebuah lokasi percutian tanah tinggi popular di Malaysia yang terletak di dalam negeri Pahang. Suhunya yang sejuk dan pemandangan yang memukau menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kasino? pejam mata sajalah.

Sejujurnya, aku baru dua kali naik cable car Genting. Kali pertama masa baru kahwin, belum ada anak lagi masa tu, kalau tak silap tahun 2010. Terbaru, selepas lebih 10 tahun baru naik semula cable car. Kali ini lain macam, anak pun dah masuk tiga. Cepat sungguh masa berlalu.

Apa Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands?

Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

Tali kabel nak putus?

Cable car nak jatuh?

Jumpa hantu dalam cable car?

Semua BUKAN… sebenarnya, aku yang seram dan kecut perut bila nak naik cable car. Sebab itu ambil masa 10 tahun baru nak naik semula. Fikirkan anak-anak bagilah mereka merasai pengalaman naik cable car, itupun sebab pergi beramai-ramai dengan keluarga.

Mesti Baca: Pengalaman Banjir Besar 2021 Di Temerloh

Mesti Baca: Kipas Siling Berbunyi. Apa Nak Buat?

Mesti Baca: Hukum Suami Mengaku Bujang. Jatuh Talak Tak?

Semuanya bermula secara tak sengaja. Kami dalam 4 keluarga pergi ke Zoo Negara dahulu, habiskan masa di sana ketika cuti sekolah. Selepas keluar daripada Zoo, pergi makan dahulu di Sri Gombak, Kemudian, masing-masing berbincang nak balik Temerloh terus atau nak ke mana pula. Genting Highlands menjadi pilihan sebab lokasi tersebut pun dalam laluan perjalanan balik.

Semua sepakat nak naik kereta kabel Genting. Malas nak memandu sebab azab kereta nak sampai ke atas. Pemandu pun azab juga. Jadi,nak ceritakan itu yang seramnya. Naik kereta kabel Genting, bukan seram sebab apa pun.

Aku seram sebab gayat bila cable car tergantung tinggi sangat, ada masa dia bergoyang, bergegar itu yang buat kecut perut. Aku perhatikan anak-anak suka sangat, maklumlah kali pertama naik dan tentunya pengalaman menarik.

Harga tiket kereta kabel Genting?

Dewasa dan kanak-kanak sama RM18 untuk pergi balik. Aku naik di Genting Premium Outlet (GPO). Kalau kali pertama dahulu, naik di Gohtong Jaya.

Ok cukuplah setakat ini. Tiada apa pengalaman buruk pun naik cable car Genting cuma seram sebab gayat. Harap cable car itu sentiasa diselenggara supaya selamat, bukan apa bayangkan kalau terjatuh ke bawah, jadi lempeng ….

4 comments on “Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

  1. Pingback: Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang) - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik... - From Temerloh With Love

  3. AK

    aku pun sama naik cablecar di Genting…di jadikan cerita kami sekuarga naik dari GHPO ke Skywalk…masa tu jam 7:00pm…hujan pula tu bila nak samapi atas tu hujan lebat…petir dan gandola bergoyang kiri dan kanan…angin kuat sangat sampai pintu hampir terbuka sebab angin kuat…air pun masuk gandola tu..basah baju belakang…masa gandola tu bergoyang di atas awan x nampak bawah semua di selaput awan…hanya Allah saja tahu perasaan saya…ini la pengalaman saya naik dan insyAllah x nak naik dah lepas ni…peristiwa ni berlaku pada 3-March-2024…Fresh in my mind…harapan saya semoga tiada malapetaka yg berlaku…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *