Dalam usia aku yang hampir memasuki angka 40, tanpa disangka aku diuji dengan kemalangan yang menyebabkan aku terpaksa menanggung sakit patah tulang ibu jari kaki. Ya Allah, baru aku tahu bagaimana sakitnya orang yang mengalami patah tulang dan pengalaman patah tulang kali pertama ini menyedarkan aku banyak perkara sebenarnya.

Kejadian patah tulang ibu jari kaki ini tidak diduga sebenarnya, ianya sangat pantas berlaku dan lebih baik aku yang menanggungnya kerana sepatutnya anak kecil aku yang berusia tiga tahun menjadi mangsa.
Semuanya sangat pantas, anak aku main pintu almari pakaian, buka tutup, buka tutup dan menyebabkan pintu tersebut menjadi longgar tanpa disangka pintu almari tersebut jatuh.
Pengalaman Patah Tulang Kali Pertama
Terima kasih Allah Tuhan yang Maha Besar! kalau bukan dengan pertolongan daripada Allah, sudah pasti anak aku yang menjadi mangsa. Semasa pintu almari tersebut jatuh dengan sepantas kilat aku menolak anak aku dan bedebap……….. pintu almari tersebut sangat keras dan berat, jatuh tepat dan tegak atas kaki kanan aku.

Berguling sakan aku semasa dihempap, sakit yang tidak terperi dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan tahap kesakitan tersebut. Pada mulanya, aku sangkakan hanya bengkak biasa tetapi lama kelamaan bertambah sakit dan bengkak semakin membesar, atas nasihat isteri dan adik ipar, aku gagahkan pergi hospital untuk rawatan, hasil keputusan x-ray…. PATAH TULANG IBU JARI KAKI.
Mesti Baca: Yahudi Bersedia Tunggu Hari Kiamat. Apa Yang Mereka Buat?
Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!
Aku diberi cuti rehat sebulan dan selepas temujanji dengan doktor pakar nanti, mungkin cuti akan bersambung jika keadaan aku tidak memuaskan untuk bekerja.
Hikmah Di Sebalik Patah Kaki Aku Sedar……
Setiap kejadian ada hikmahnya, kadang-kadang kita baru sedar sesuatu perkara apabila berlaku kejadian yang tidak disangka. Begitu juga dengan aku, pengalaman patah tulang kali pertama ini menyedarkan aku yang Allah Maha Berkuasa. Tanpa pertolongan Allah entah apa yang akan terjadi kepada anak kecil aku jika dihempap pintu almari.
Aku juga dapat berehat sebulan dan mungkin lama lagi bergantung kepada nasihat doktor nanti. Lupakan sekejap soal kerja yang tak akan habis. Tekanan dan bebanan kerja kadang-kadang menyebabkan kita stress. Sekurang-kurangnya walaupun aku menanggung kesakitan, aku dapat berehat sebentar bersama-sama kit-kat.
MC sebulan dan mungkin bertambah. Terima kasih doktor HOSHAS yang cekap dan mesra alam
Paling penting! setiap kejadian sama ada baik atau buruk sepatutnya menyedarkan kita yang lupa kepada-NYA. Syukur kepada Allah kerana pengalaman patah tulang ini menyedarkan aku yang Allah boleh menarik nikmat dunia ini sekelip mata sahaja, nikmat sihat itu satu anugerah yang tidak terhingga. Apabila terlantar sakit baru kita tahu betapa susahnya melayari kehidupan, nak buat apa pun semuanya terbatas.
Itulah serba sedikit coretan aku untuk kali ini. Pengalaman patah tulang kali pertama menyedarkan aku betapa sakitnya orang yang mengalami patah tulang, sebelum ini nampak biasa sahaja atau mengata secara diam kononnya orang itu mengada-ngada lebih, sendiri kena baru tahu sakitnya.
Saya jadi macam ni juga tapi dapat dua jahitan dan kuku tercabut, berapa lama nak recover?
saya ambil 3 bulan baru juga nak pulih
Encik, lama ke nak sembuh bila patah tulang ibu jari? Sy juga baru mengalaminya.
hampir 3 bulan juga
Pingback: Pengalaman Patah Tulang, Part 1: Perkongsian Dari Noobie - Ree Aki
Saya sedang mengalaminya.. pengalaman pertama patah ibu jari kaki.. nk tnya, lps appoiment tu blh keje dhkn? Ataupun smbung mc lg…
saya dahulu mula2 mc sebulan.. lepas jumpa doc sambung lagi sebulan .. kalau nk kerja ok je tapi saya dahulu dah alang2 dapat mc baik cuti sebab bergaji.. bukan selalu dapat rehat 🙂