Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19

      No Comments on Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19

Pengalaman disuntik vaksin COVID-19 adalah di antara catatan sejarah peribadi yang tidak akan dilupakan. Apa yang aku nak kongsikan di sini bagaimana situasi, perasaan sebelum dan selepas disuntik serta kesan daripada suntikan tersebut.

Mengapa aku dapat suntikan Fasa 1 COVID-19? aku bukan barisan petugas hadapan yang bertugas di KKM atau badan uniform?

Semuanya diuruskan oleh jabatan aku berkerja. Jabatan aku terpilih di antara penerima awal suntikan vaksin tetapi tiada paksaan sama ada nak ambil atau tidak sebabnya akan datang tetap kena ambil juga dalam fasa lain.

Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19

Aku tak fikir panjang! terus bagi nama untuk menjadi penerima awal vaksin COVID-19. Kita berserah kepada Tuhan, lagi pun mana mungkin kerajaan nak jahanamkan semua rakyat Malaysia yang terima vaksin.

Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19

Dalam tak sedar aku sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer atau nama lain dia Comirnaty.

Jujurnya, suntikan pertama tidak terlalu memberi kesan kepada tubuh. Aku hanya rasa sakit di tempat yang dicucuk sahaja, tiada kesan sampingan lain.

Pengalaman Disuntik Vaksin COVID-19

Tetapi…… suntikan kedua memang lain macam pergi dia. Selama dua hari aku mengalami perasaan macam nak demam, seram sejuk. Badan tak panas tetapi rasa seram sejuk yang menyebabkan aku tidur berbungkus dalam selimut selama dua hari.

Kredit Video Tik Tok Dr Gafoor

Rakan-rakan aku yang ambil suntikan dos kedua semuanya mengalami perasaan yang sama, ada yang demam sampai terpaksa ambil MC.

Anda mungkin berminat;

Pengalaman Swab Covid-19 Dan Kuarantin Rumah

Alhamdulillah….. aku tidak terkesan sangat cuma rasa seram sejuk macam nak demam sahaja selama dua hari. masuk hari ketiga aku dah sihat sepenuhnya cuma sakit di tempat cucuk yang beransur-ansur hilang.

Pengalaman disuntik vaksin COVID-19 pastinya akan tersimpan sebagai kenangan yang tidak akan dilupakan. Semoga tubuh aku tidak mendapat apa-apa kesan jangka pendek atau panjang.

Aku juga berharap dengan suntikan vaksin ini aku dapat melindungi keluarga, rakan dan semua daripada jangkitan COVID-19.

Kepada anda semua, daftar sebagai penerima vaksin. InsyaAllah KKM sudah menilai yang terbaik untuk kesihatan rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *