Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Lantik Pentadbir Bukan Pemilik?

Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Lantik Pentadbir Dan Bukan Pemilik? Tanah pusaka Felda terdiri daripada tanah ladang dan lot rumah. Pemilik tanah Felda pada masa sekarang ada dua orang pemilik iaitu:

Suami – 1/2 bhg

Isteri – 1/2 bhg

Kalau nak tahu dahulu sebelum ini tanah Felda biasanya diletak nama suami sahaja sebagai pemilik tunggal tetapi selepas banyak kes suami kahwin lain selepas masuk Felda dan ramai isteri pertama yang sama-sama susah senang masuk Felda dipinggirkan selepas suami kahwin lain kerajaan pun buat pindaan akta Felda boleh masuk dua nama sebagai pemilik, 1/2 bahagian setiap seorang.

Mesti Baca: Contoh Soalan Temuduga Tanah Felcra

Pembahagian Pusaka Tanah Felda

Ok apa yang aku nak ceritakan di sini bukan soal siapa pemilik atau mengapa suami sedap dapat bini baru lupakan bini lama tetapi aku nak kongsikan pengetahuan aku mengapa tanah Felda biasa lantik pentadbir apabila pemilik meninggal dunia? Mengapa jarang pembahagian pusaka tanah Felda diturunmilik kepada waris yang berhak?

Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Biasa Lantik Pentadbir Bukan Pemilik?

Sebelum anda baca lebih lanjut, apakah maksud pentadbir dan pemilik tanah? Aku terangkan secara asas sahaja.

Pentadbir = Penjaga yang menguruskan urusan tanah, tidak memiliki kuasa untuk menjual tanah, jika ada hasil daripada tanah hendaklah dibahagikan kepada waris seperti yang dipersetujui dalam perbiacaraan pembahagian harta pusaka. Dalam geran tanah akan keluar nama si polan sebagai pentadbir.

Contoh: Labu Bin Kundur sebagai pentadbir, 1/1 bhg

Pemilik = Jika semasa pembahagian pusaka tanah Felda dibuat, semua waris setuju menyerahkan hak kepada waris secara turunmilik, maka tanah tersebut akan menjadi milik waris yang menerima bahagian itu secara mutlak, tidak boleh dibantah lagi kecuali bawa kes ke mahkamah tinggi.

Contoh: Labu Bin Kundur, 1/1 bhg

Nampak perbezaan pentadbir dan pemilik betul tak? Sebab itu, kena hati-hati semasa perbicaraan pembahagian pusaka tanah Felda, kadang-kadang ada waris yang cuba mengelirukan waris lain dan akhirnya terjadi pindahmilik secara terus secara tak sengaja sedangkan waris lain tak mahu begitu.

Ok tentu anda nak tahu mengapa bila melibatkan kematian peneroka Felda dan dibuat perbicaraan pembahagian harta pusaka, biasanya dilantik pentadbir sahaja dan bukan turunmilik.

Tanah Felda Tertakluk Di Bawah Akta GSA 1960

Untuk pengetahuan, tanah Felda tidak boleh diletakkan lebih daripada dua nama sebagai pemilik kerana tertakluk di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau biasa dipanggil Akta GSA. Begitu juga dengan tanah lain yang terletak di bawah Akta GSA seperti tanah Felcra, tanah pinggir dan sebagainya. TIDAK boleh letak lebih dua nama sebagai pemilik.

Pembahagian Pusaka Tanah Felda

Kalau nak tahu lagi, Akta GSA 1960 adalah hakmilik berangkai yang mana ianya menghalang pemilik daripada menjual atau memajak salah satu sama ada lot ladang atau lot rumah. Kalau ada hajat nak jual tanah Felda mesti jual dua-dua sekali iaitu lot ladang dan lot rumah kerana ianya hakmilik berantai atau berangkai.

Sebab itu, semasa perbicaraan pembahagian pusaka tanah Felda jarang berlaku pembahagian secara turunmilik kerana tak boleh masuk ramai nama kecuali waris ada dua orang sahaja boleh masuk dua nama.

Mesti Baca: Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian? Yang Mana Satu?

Alternatifnya, lantik pentadbir seorang atau dua orang (tidak boleh lebih) sebagai pentadbir bersama. Jadi, setiap urusan dengan Felda atau apa jua hasil daripada ladang pentadbir ini akan bertanggungjawab mengambil hasil dan membahagikan kepada waris lain sama ada secara faraid atau sama rata.

Dapat tak? sebab itu tanah pusaka Felda biasa lantik pentadbir kerana tertakluk undang-undang tanah di bawah Akta GSA 1960.

Kalau nak turunmilik juga tertakluk kepada persetujuan semua waris, kalau semua setuju nak bagi terus pun boleh tetapi terhad dua orang sahaja dan jangan menyesal kerana hakmilik terus adalah hakmilik yang tidak boleh disangkal lagi kerana mengikut Kanun Tanah Negara, nama siapa dalam geran itulah pemiliknya tak kira dia dapat cara macam mana pun walaupun dengan cara menipu!

Kalau nak bantah juga kena pergi mahkamah tinggi, sediakan peguam dan duit. Menang atau tidak terpulang kepada keputusan mahkamah.

Jadi, nasihat aku kepada anak peneroka Felda yang mahu buat pembahagian pusaka tanah Felda, fikir panjang dahulu sebab tak boleh masuk ramai nama dalam geran. Kalau nak masuk juga tak boleh lebih dua orang sebagai pemilik bersama.

Adalah lebih baik lantik pentadbir sahaja untuk menguruskan ladang dan rumah Felda itu. Kalau ada hasil ladang atau Felda nak bagi duit semua boleh merasa. Tak adalah yang nak bermasam muka, nak bertumbuk atau berparang dengan adik beradik nanti.

Untuk pengetahuan, pentadbir tanah pusaka Felda boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja jika pentadbir tersebut tidak amanah atau makan seorang hasil Felda. Itulah pentingnya lantik pentadbir semasa pembahagian pusaka tanah Felda. Dapat tak?

Mesti Baca: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

24 comments on “Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Lantik Pentadbir Bukan Pemilik?

  1. Lim Kah Hong

    Bolehkah saya batal pentadbir sekarang kerana dia tidal bahagi gaji hasil ladang kepada adik beradik lain..saya boleh jkptg batal nama pentadbir sekarang tanpa tandatangan dia?

    Reply
    1. Avatar photohaslizam Post author

      batal pentadbir mesti melalui perbicaraan semula di pejabat pusaka, kena isi borang untuk batal pentadbir dan rombak semula lantik pentadbir baru. kalau pentadbir tak nak kerjasama biasa pejabat pusaka akan panggil dua kali notis untuk bicara, jika dia tidak hadir juga pejabat ada kuasa untuk batal pentadbir dan lantik orang lain sebagai pentadbir baru bergantung kepada budi bicara majistret

      Reply
    1. Avatar photohaslizam Post author

      untuk lantik pentadbir baru, pentadbir kena datang jika masih hidup, jika batal pentadbir sebab tidak amanah, pentadbir kena kemukakan penyata pendapatan hasil daripada tanah tersebut, jika pentadbir tak kerjasama boleh dibatalkan dan dilantik pentadbir baru

      Reply
          1. Avatar photohaslizam Post author

            Pentadbir hanya boleh dilantik setelah pemilik harta meninggal dunia iaitu selepas selesai perbicaraan pusaka. Limit pentadbir boleh 2 orang sahaja dan semua waris berhak menerima bahagian pusaka masing-masing kecuali jika ada yang menolak bahagian

  2. nasir

    bolehkah tanah felda dijual kepada adik beradik yg mampu. dgn tujuan tak mahu kemudian hari ada perebutan disebabkan adik beradik ramai.

    Reply
    1. Avatar photohaslizam Post author

      Tanah felda tidak boleh dijual kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. Apa yang saya faham maksud tuan adalah jual bahagian jika pemilik felda meninggal dunia. Apabila jadi harta pusaka semua waris berhak mendapat bahagian masing-masing, jika ada waris yang nak tolak bahagian BOLEH sama ada tolak secara percuma atau berbayar kepada waris lain.

      Ini boleh dibincang sesama waris. Siapa yang nak bahagian lebih boleh bayar kepada waris lain.

      Reply
  3. Omi Kalsom wadut

    Ibu saya ada se bidang tanah pinggir, tiba2 adik saya telah menukar kepada namanya tanpa pengetahuan adik beradik yg lain. Sekarang ni dia berasa bersalah kerana x berbincang sebelum buat keputusan. Kami ada 3 beradik. Bagaimana untuk kami yg lain supaya ada hak juga ke atas tanah itu.

    Reply
    1. Avatar photohaslizam Post author

      Kalau tanah pinggir tersebut hanya dilantik pentadbir boleh diubah lagi melalui permohonan ulang bicara di pejabat pusaka tetapi jika telah diturunmilik kepada adik tak boleh buat apa lgi kecuali dengan dua cara iaitu pindahmilik atau bawa kes ke mahkamah.

      Tetapi, tanah pinggir hanya boleh masuk maksimum dua nama dalam geran (Akta GSA 1960).

      Tengok dahulu status tanah pinggir tersebut sama ada nama sebagai pentadbir atau pemilik.

      Reply
  4. Fuad

    Assalamualaikum tuan. Terima kasih dengan artikel. Saya fuad felda lasah. Kurang faham dengan kenyataan tuan “lantik pentadbir sahaja”.

    Jika ibu bapa telah meninggal, maknanya jangan tukar hakmilik dalam gran? Biarkan saja? Bolehkah biarkan saja dan hanya lantik pentadbir?

    Terima kasih tuan.

    Reply
    1. Avatar photomikael_karl Post author

      Tanah felda yang telah jadi harta pusaka mesti dibuat pembahagian harta pusaka kerana hasil daripada felda tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris secara faraid, sama banyak atau terpulang kepada waris untuk membahagikannya.

      PENTING…..

      Tanah Felda boleh dibahagikan terus sebagai pemilik kepada pewaris tetapi TIDAK boleh lebih daripada dua orang kerana tertakluk Akta GSA 1960 yang membenarkan hanya DUA ORANG sahaja boleh didaftarkan dalam geran sebagai pemilik.

      Sebab itu, tanah felda digalakkan lantikan PENTADBIR sahaja kerana waris lain masih berhak ke atas tanah felda tersebut KECUALI jika semua setuju memang nak bagi terus dua nama sebagai pemilik.

      INGAT! kalau dah bagi terus sebagai pemilik waris lain tak boleh tuntut lagi kerana dah jadi hakmilik kekal tetapi jika dilantik pentadbir waris lain masih boleh membatalkan pentadbir tersebut jika berlaku kejadian seperti tidak amanah dalam pembahagian hasil felda dan sebagainya.

      Reply
  5. Pingback: Harta Pusaka. Peneroka Felda Mati Isteri Dapat Semua? - From Temerloh With Love

  6. ABAS OTHMAN

    Dah sedia ada seorang Pentadir, sekarang nak tambah lagi seorang menjadi 2 Pentadbir. Apakah cara yang perlu dibuat?

    Reply
    1. Avatar photomikael_karl Post author

      Pergi pejabat pusaka ambil Borang P Seksyen 17 untuk ulang bicara pusaka tambah pentadbir atau boleh isi permohonan online di laman web jkptg.gov.my

      Reply
  7. Pingback: Bagaimana Tuntut Harta Pusaka Jika Tiada Sijil Mati? - From Temerloh With Love

  8. Puteri

    Assalammualaikum tuan, sy nak tanya, Sy cucu kepada peneroka felda,selepas kematian atok sy,ayah sy yg uruskan tanah atok sy,tetapi tidak mengikut faraid.Sebelum ini,ayah sy ade brbncang dgn adik2 untuk tukar nama geran tp adik2 ayah tidak setuju. Sekarang ayah sy dah meninggal dan ayah sy masih ade seorang adik yg masih hidup.Jadi,adik ayah(pakcik) sy nk tukar milik tanah atok sy pada nama dia.apa perlu sy buat tuan memandangkan rumah atok sy masih mak sy dduk dan kami sebagai cucu ada hak ke? Dan ayah mak sy ade lah org yg tinggal bersama atok dari mula di felda tu. silap ayah sy slepas kematian atok ayah sy tidak melakukan pembahagian harta. sy amat takut tuan dan sy kesian dgn arwah ayah disebabkan ayah sy kurang faham mengenai pembhagian harta ini. Mohon pencerahan tuan,bagaimana dan mak sy masih bergantung dgn hasil felda.Boleh ke sy tidak setuju jika tanah atok sy dipindamilik kepada pakcik sy? Dan sy akan setuju jika melantik pakcik sy sebagai pentadbir sahaja.

    Reply
    1. Avatar photomikael_karl Post author

      maaf lambat reply…

      daripada pemahaman saya, anak simati dua orang sahaja kan? ayah puan dan adik dia.

      jadi, ayah puan meninggal selepas atok bahagian dia akan jatuh kepada isteri (menantu) dan anak (cucu).

      jadi peneriman harta pusaka adalah:

      a) anak simati
      b) menantu dan cucu

      TIDAK boleh turunmilik kepada pakcik puan tanpa perbicaran harta pusaka, malah tanpa persetujuan semasa bicara pun TIDAK boleh turunmilik.

      biasa felda dilantik PENTADBIR sahaja sama ada seorang atau dua orang.

      hasil felda dibahagikan mengikut persetujuan waris semasa bicara pusaka iaitu faraid atau sama rata.

      pentadbir hendaklah bahagi hasil seperti persetujuan semasa bicara pusaka, jika GAGAL bahagi pentadbir boleh dibatalkan melalui ulang bicara dan pelantikan pentadbir baru akan dibuat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *