Pasukan Pahang 2020 Apa Cerita?

      1 Comment on Pasukan Pahang 2020 Apa Cerita?

Pasukan Pahang 2020 masih tiada khbar berita rasmi, siapa masuk dan siapa keluar? semua berita melalui laman sosial sahaja bukan daripada sumber rasmi pasukan.

Lebih buruk media rasmi Pahang FA seperti Facebook dan Twitter rasmi terus hilang daripada radar.

Peminat bola sepak terutamanya daripada negeri Pahang masih bingung sedangkan liga super Malaysia akan bermula tak lama lagi.

Tahun 2020 ini menyaksikan Pahang seperti akan kembali kepada zaman gelap tahun 2016 di mana Pahang FA hampir tersungkur ke liga perdana, “diselamatkan” kata peminat bola sepak tempatan.

Pasukan Pahang 2020 Apa Cerita?

Satu demi satu pemain penting Pahang FA keluar daripada pasukan sama ada ditamatkan kontrak seperti Safuwan Baharudin atau keluar dengan sukarela seperti Kogileswaran.

Lebih meninggalkan kesan! Pemergian kapten pasukan Pahang, Matthew Davies atau lebih dikenali sebagai Matt Davies ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Setelah 5 tahun menjadi pemain penting di Pahang dan menggalas tugas sebagai ketua pasukan, Matt Davies akhirnya akur terpaksa berhijrah ke JDT.

pasukan pahang 2020
Sumber

Memang khabar angin tersebar meluas Matt Davies akan ke JDT pada 2021 tetapi nampaknya jadi awal setahun!

Sama ada Matt Davies benar-benar mahu pergi atau terpaksa kerana dijual Pahang FA yang katanya berdepan masalah kewangan.

Aku mula-mula agak kecewa juga dengan pemergian Matt Davies tetapi apabila difikirkan semula, kalau aku jadi pemain pun aku akan pergi ke tempat yang menawarkan gaji yang lebih lumayan, kemudahan latihan yang power serta pengurusan pasukan yang terbaik di Malaysia.

Siapa tak nak ke JDT? aku percaya semua pemain Malaysia memasang cita-cita bermain dengan JDT.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Begitu juga Matt Davies. Mungkin beliau berat hati ke JDT tetapi pasukan Pahang 2020 pun dilihat terumbang-ambing baik pengurusan pasukan dan media sosial, mereka dilihat tidak serius dan tiada hala tuju jelas.

Apapun, selamat maju jaya kepada Matt Davies! anda telah menunjukkan komitmen yang sangat baik semasa bersama Pahang. Semoga anda berjaya di JDT dan pasukan Malaysia.

Pasukan Pahang 2020? aku tak menaruh harapan yang tinggi, dengan barisan pemain yang ada ketika ini, aku masih percaya Pahang masih mampu memberi cabaran.

Jangan jadi pasukan lubuk mata sudah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *