Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

      4 Comments on Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Syok sendiri ke cakap gulai patin tempoyak Temerloh paling sedap di dunia? Mentang-mentang aku anak jati Temerloh, bolehlah kata macam tu betul tak?

Tetapi.. kalau ditanya orang luar apa yang dia tahu atau bayangkan tentang Temerloh.. tak lain tak bukan gulai patin masak tempoyak yang meletup tu. Temerloh sebagai Titik Tengah Semenanjung orang tak berapa ambil kisah sangat. Makan juga yang ingatnya.

Terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Sedap ke tak kalau dah depan mata ngaaappppp je lah, jangan banyak cerita 🙂

Lokasi Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Kaw!

Bila nak bercerita bab kedai makan mana paling sedap ni agak susah juga, walaupun aku ada pilihan sendiri tetapi untuk tidak mengecilkan hati tuan kedai makan aku letaklah semua kedai makan yang popular di Temerloh sahaja.

Tidak popular bukan bermaksud tidak sedap tetapi berapa hari aku nak tulis dan senaraikan semua kedai makan patin tempoyak Temerloh betul tak?

1. Go Bang Maju Patin Tempoyak

Kerana pemiliknya aktif promosi, boleh dikatakan inilah kedai makan patin tempoyak temerloh paling popular. Orang kata popular belum tentu sedap, anda kena cuba sendiri dan nilailah sedap atau tidak.

Cawangannya pun ada di Kuala Lumpur dan Kuantan. Memang hebat penangan promosi sehingga Go Bang Maju sangat popular bagi peminat gulai patin tempoyak.

UPDATE!

Go Bang Maju telah berpindah ke tempat baru kerana memberi laluan kepada pembinaan jambatan baru. Lokasi baru di Kampung Megat Segama berhadapan dengan Masjid Kampung Raja. Dekat dengan jalan masuk lebuhraya LPT, dekat dengan PETRON Semantan. Mudah saja tepi jalan memang nampak. Nama baru Go Bang Maju Tol.

Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Kredit Imej: blogmiedajaz.com

2. Kedai Makan Pak Usop

Ini kedai makan patin tempoyak “legend” di Temerloh. Sebelum wujudnya persaingan daripada kedai makan lain, kedai makan Pak Usop boleh dilabelkan paling dominan suatu ketika dahulu. Pendek kata, dahulu siapa nak makan patin tempoyak mesti teringat kedai makan Pak Usop.

kita makan, makan, makan dan makan lagi!!: Gulai ikan patin Pak Usop,  Temerloh

Kredit Imej: oneawesomefood.blogspot.com

Sekarang? entahlah kerana saingan yang kuat nampak agak tergugat juga walaupun “legend”, mungkin ianya masih menjadi pilihan penggemar lama mereka.

3. Patin Bangau

Ini salah satu nama popular ketika ini. Patin Bangau bukan bermaksud gulai patin tempoyak dihidangkan dengan daging bangau tetapi lokasi kedai makan ini dalam Kampung Bangau Tanjung.

Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Kredit Imej: hellenkiller-timetorest.blogspot.com

Lokasinya agak tersorok sedikit dalam kawasan kampung, di luar pinggir bandar Temerloh. Lagi satu! kalau datang dalam pukul 12 tengahari biasanya meja penuh dan tiada tempat letak kenderaan.

Mesti Baca: Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

Mesti Baca: Lokasi Menarik Di Temerloh

Mesti Baca: Kawasan Hotspot Banjir Pahang

4. Kancil Raja Patin

Terletak di Kampung Bangau Tanjung dan di tepi sungai Pahang, kedai makan Kancil Raja Patin turut menjadi sebutan penggemar patin tempoyak Temerloh. Jujurnya aku belum pernah makan di sini sebabnya setiap kali datang meja penuh dan tak tahu nak letak mana kereta. Sentiasa penuh!

UPDATE!

Kancil Raja Patin tepi sungai Pahang telah berpindah ke tempat baru di Taman Sri Semantan/Desa Semantan.

Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Kredit Imej: visitpahang.my

Ramai juga artis pernah makan di sini di antaranya Vanidah Imran, Sabree Yunus, Aiman Tino dan  ahli politik juga tak ketinggalan makan di Kancil Raja Patin.

Sebab apa namanya Kancil Raja Patin? Kena datang makan dan tanya pemilik kedai kenapa bagi nama macam tu sebab aku tak tahu 🙂

5. Restoran Claypot Patin Tempoyak

Ini pilihan aku! Bukan aku berat sebelah dan yang lain-lain semuanya sedap belaka tetapi tekak masing-masing betul tak? Tekak aku paling kena dengan gulai patin tempoyak dari Restoran Claypot Patin Tempoyak. Mengapa?

UPDATE!

Nama Claypot Patin Tempoyak telah bertukar kepada Pot Rodong dan berpindah ke bangunan sebelah. 

RESTORAN POT RODONG

Kredit Imej: bizzakat.my

Gulainya sama sahaja dengan kedai lain tetapi aku suka hidangan dalam mangkuk claypot tu dengan kuah yang menggelegak, panas dan dimakan pula dengan nasi panas.  Perghhhhhhh………

6. C’wok Cafe

Kedai makan C’wok Cafe ini terletak di tepi jalan Temerloh – Jerantut. Kalau anda keluar dari Lebuhraya Pantai Timur susur Temerloh kedai ini yang anda akan jumpa dahulu berbanding semua kedai makan yang aku sebutkan di atas.

UPDATE!

Setiap kali lalu depan kedai C’wok Cafe asyik tutup saja. Tak pasti sama ada cuti atau memang dah tutup operasi atau pindah ke tempat lain.

C'wok Cafe Patin Tempoyak - Restaurant in Temerluh, Malaysia |  Top-Rated.Online

Kredit Imej: top-rated.online

Aku pernah makan di sini dan pada aku boleh tahan. Sebab itu C’wok Cafe di antara kedai yang menjadi sebutan penggemar gulai patin tempoyak Temerloh.

7. Saiful Patin Gulai Masam

Ini antara kedai makan yang boleh dikira baru bagi penggemar masakan ini dan bagi aku PALING TOP sekarang. Kedai sentiasa penuh tak kira hari biasa atau hujung minggu.

Jujurnya aku pernah makan di sini dalam 2,3 kali dan apa aku boleh katakan SANGAT SEDAP! memang patin gulai masam dia terangkat habis.

Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Kredit Imej: foursquare.com

Masalah dia satu saja parking sentiasa penuh terutama hujung minggu. Kena book kalau nak makan di sini.

Lokasi di tepi Sungai Pahang menambahkan lagi keseronokan makan di sini. Lokasi di Tanjung Keramat, jalan pergi ke Bangau Tanjung, berhadapan Esplanade Temerloh dan berhubung dengan jambatan gantung.

8. Banyak lagi……

Kalau nak disenaraikan semua kedai makan yang menghidangkan gulai patin tempoyak “kaw” di Temerloh ini sampai minggu depan pun tak habis aku menulis.

Ada beratus-ratus kedai dan tidak kira besar atau kecil kedai makan tu mesti ada masakan gulai patin tempoyak.

Senang cakap semua kedai makan adalah terbaik! terpulang kepada pilihan,dan tekak masing-masing betul tak?

Kalau teringin makan gulai patin tempoyak “ori”, mantap dan membuatkan anda mengigau nak datang Temerloh setiap hujung minggu, jemputlah datang Temerloh boleh belanja aku makan. Aku tunjuk tempat saja 🙂

Apa aku boleh cakap gulai patin tempoyak Temerloh paling sedap di dunia!

4 comments on “Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

  1. Pingback: Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat? - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Makanan Tradisi Pahang. Yang Mana Best? - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Siapa Menang PRU15? - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *