Semua Sungai Yang Masuk Ke Sungai Pahang Melebihi Paras Normal

Aku memang suka tengok paras air sungai apabila masuk musim tengkujuh. Masuk Laman Web Info Banjir boleh tengok paras air sungai semasa yang dikemaskini, daripada situ boleh agak sungai mana yang akan bawa jumlah air yang besar masuk ke Sungai Pahang seterusnya melalui daerah Temerloh nanti.

Petang tadi aku lihat kebanyakan paras air sungai kurang daripada paras normal kecuali di stesen Sungai Pahang di Sungai Yap yang dilihat melebihi paras normal.

Dan…… aku baru sahaja tengok Laman Web Info Banjir malam ini, SEMUA sungai yang masuk ke Sungai Pahang sudah melebihi paras normal!

Untuk pengetahuan, orang Temerloh kena jaga-jaga dengan paras air sungai Semantan Dan Sungai Tembeling.

Kalau lihat Laman Web Info Banjir tengok Stesen Sg.Tembeling di Kuala Tahan, Sg.Bentong di Kuala Marong, Sg.Pahang di Sungai Yap, Sg.Semantan di Kg. Lengkong dan Sg.Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu)

Sungai Pahang

Gambar di atas aku baru ambil dalam tempoh 15 minit lepas semasa aku sedang menulis entri ni. Kelabu tak gambar Laman Web Info Banjir di atas? Anda boleh semak sendiri mudah saja.

Wah… begitu cepat air naik di semua sungai utama. Sebenarnya sebelum ini aku dah pergi lihat paras air Sungai Semantan di Mentakab yang nampak agak besar, sangkaan aku macam besar sangat tetapi bila semak online paras normal sahaja.

Mesti Baca: Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat?

Tetapi…. malam ini Sungai Semantan dah melebihi paras normal, mesti lagi besar daripada apa yang aku lihat dua hari lepas!

Sungai Tembeling di Kuala Tahan pun sama, petang tadi elok saja paras normal dan malam ini dah lebih paras normal dah. Kalau ingat banjir besar Temerloh 2014, Sungai Tembeling PUNCA UTAMA banjir besar masa tu dengan membawa limpahan air yang sangat banyak masuk ke SUngai Pahang dan menenggelamkan sebahagian besar Temerloh ketika itu. Ingat lagi tak?

Sungai Pahang

Sungai Tembeling Di Jeti Taman Negara Ketika Banjir Besar 2014. Ingat Lagi Tak?

Semua Air Sungai Utama Masuk Ke Sungai Pahang Melebihi Paras Normal, Jangan Panik!

Situasi semasa nampak normal lagi, walaupun paras air sungai semasa dah melebihi paras normal. Bagi orang Temerloh, nak tengok air Sungai Pahang besar ke tak senang saja.

  • Tengok jambatan patah tenggelam ke tak..
  • Tengok Esplanade Temerloh tenggelam banyak mana..

Kalau kedua-dua petanda ini tenggelam, memang besarlah air Sungai Pahang tu. Tempat rendah dan selalu kena banjir setiap tahun boleh kemas apa yang patutu kalau dah nampak petanda banjir tu.

Kebiasaannya, hujan lebat setiap hari boleh dilihat menjelang tempoh Disember sehingga Januari. Masa ni memang hujan lebat. Dan…. banjir pun biasa berlaku antara tempoh bulan ni.

Apapun, jangan panik ok. Aku sampaikan maklumat ini untuk semua berwaspada. Mana yang biasa kena banjir setiap tahun tu dah boleh buat persiapan awal sebelum banjir. Bolehlah semak paras air Sungai Pahang tu sokmo 🙂

Sungai Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *