Sehingga kini Pahang masih lagi bercuti hujung minggu pada hari Ahad yang mana bagi kakitangan awam mereka akan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad tetapi ada cadangan yang mahu kerajaan negeri Pahang tukar cuti hujung minggu Ahad kepada Sabtu pula.
ADUN Tanjung Lumpur membentangkan usul tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dengan alasan majoriti penduduk Pahang beragama Islam dan cuti hari Jumaat membolehkan pekerja tidak tergesa-gesa bersiap sebelum ke masjid.
Bagaimana dengan pendapat orang-orang Pahang?
Kalau aku sendiri, aku lebih suka kekalkan keadaan macam sekarng yang Pahang bercuti hujung minggu pada hari Ahad. Kalau nak jadikan alasan solat Jumaat mengurangkan produktiviti kerana waktu rehat yang lama, aku tak berapa setuju sebabnya hanya golongan lelaki yang pergi solat jumaat sementara golongan wanita masih boleh meneruskan operasi pejabat seperti biasa.
Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!
Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh
Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Jom Cari Punca…
Tetapi, itu bagi kakitangan awam. Jika sektor swasta mungkin berbeza terutama kilang-kilang yang mana majoriti pekerja adalah lelaki. Mungkin operasi terpaksa dihentikan sementara ketika waktu solat jumaat.
Rasanya majikan faham situasi tersebut dan tidak ada pertikaian sehingga kini, majikan swasta ada cara mereka sendiri menangani isu tersebut.
Pahang Tukar Cuti Hujung Minggu Ahad Kepada Sabtu?
KUANTAN: Sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak bersetuju dengan usul menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu.
Usul dibentang ADUN Tanjung Lumpur yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar itu turut menghangatkan lagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Rosli membuat cadangan itu atas alasan majoriti penduduk Pahang beragama Islam dan cuti hari Jumaat membolehkan pekerja tidak tergesa-gesa bersiap sebelum ke masjid.
“Cuti pada Jumaat dilihat membawa kepada keharmonian kaum kerana tidak timbul soal pekerja beragama Islam kembali bekerja tidak mengikut waktu ditetapkan, jika solat Jumaat habis lewat.
“Ia sudah dilaksanakan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor. Saya akui pada permulaannya akan ada masalah, namun boleh diselesaikan secara beransur-ansur,” katanya. Baca Berita Penuh
Apapun, isu Pahang tukar cuti hujung minggu Ahad kepada Sabtu baru di peringkat cadangan.
Kita harap kerajaan negeri Pahang mengkaji dengan sebaik-baiknya dan kalau boleh buat kaji selidik serta dapatkan maklumbalas orang ramai terlebih dahulu kerana cadangan ini ada pro dan kontra.