Pahang 2020 Bermula Buruk. Salah Najib?

Permulaan yang buruk bagi naib juara Liga Super Malaysia musim lalu, Pahang kalah dua perlawanan awal dan menimbulkan keresahan peminat apakah skuad Pahang 2020 ini bakal mengulangi mimpi ngeri skuad 2016 yang hampir terhumban ke Liga Perdana? Adakah ini juga salah Najib?

Hehehehehe… saja tajuk buat gempak seperti minta kena kecam. Tak kan semua benda nak salahkan Najib?

Pasukan Pahang 2020 Apa Cerita? Nak buat lawak ke apa ni? Ya liga baru bermula tetapi kalau terus kalah macam mana nak bangkit, masa tu dah terlambat!

Skuad Pahang 2020 Lubuk Mata?

pasukan Pahang 2020

Sebagai anak jati Pahang sudah pasti aku pun resah melihat apa dah jadi dengan pasukan negeri aku ni? dua kali kalah berturut-turut dengan bolos yang banyak juga menunjukkan benteng pertahanan nampak tempang di sebalik barisan serangan mampu meledak gol. Apa guna sumbat gol banyak kalau pertahanan bocor banyak?

Ingat skuad 2016? masa tu Pahang jadi lubuk mata pasukan lain, paling aku ingat Pahang kena belasah dengan JDT 6 gol. Aduhh…. perit ooo… dengan pasukan lain yang berstatus biasa-biasa pun Pahang kena kitai. Emm….

Matt Davies mula dirindui?

Sedikit sebanyak kehilangan bekas ketua pasukan, Matt Davies memberi kesan kepada barisan pertahanan. Muslim Ahmad jelas terasa kehilangan gandingan serasi di barisan pertahanan kerana beliau sudah bermain banyak musim dengan Matt Davies, untuk membina keserasian dengan pemain lain bukan memakan masa satu dua bulan. Itu cabaran barisan pertahanan Pahang ketika ini.

Kalau dilihat secara kasar, skuad Pahang 2020 bukanlah seperti skuad 2016. Pahang masih memiliki barisan pemain yang mantap juga seperti Muslim Ahmad, Azam Azih, Sumareh, Dickson dan beberapa pemain ternama juga. Jadi, di mana silapnya?

Dollah Salleh punca?

Adakah percaturan Dollah Salleh sudah lapuk? cara permainan yang sama setiap tahun, pasukan lain dah boleh baca cara permainan Pahang tak kisah siapapun yang bermain.

Kita tak boleh salahkan pemain semata-mata kerana yang memilih barisan pemain adalah jurulatih dan yang menentukan corak permainan juga hak jurulatih, sedangkan pemain hanya mengikut arahan jurulatih, suka atau tidak mereka kena main seperti kemahuan jurulatih.

Berhenti menyalahkan!

Sebenarnya masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana kemampuan pasukan Pahang 2020 kerana baru dua perlawanan walaupun masih gagal memungut mata.

Buat masa sekarang, berhenti salahkan pemain dan jurulatih. Aku pasti pengurusan Pahang tak akan biarkan siri kekalahan berterusan, mereka pasti akan lalukan sesuatu sebab masih terlalu awal, masih boleh diperbaiki kekurangan yang ada.

Kita beri peluang kepada Dollah Salleh merancang sesuatu untuk sekurang-kurangnya meraih mata yang pertama musim ini, jangan terus hukum dan teruskan menyokong.

Jika berterusan kalah baru kita merusuh gulingkan Dollah Salleh, boleh tak macam tu? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *