Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat?

      1 Comment on Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat?

Apabila masuk hujung tahun, hujan akan turun mencurah-curan tanpa henti, pagi petang siang malam. Orang panggil musim tengkujuh dah datang. Penduduk di tepi sungai Pahang, Sungai Semantan dan kawasan rendah mula memikirkan kemungkinan banjir.

Sejarah banjir besar Temerloh pada tahun 2014 yang menenggelamkan sebahagian besar daerah Temerloh boleh menjadi igauan dan mimpi buruk bagi mereka yang mengalaminya secara langsung.

Musim Tengkujuh

Aku ingat lagi masa banjir besar 2014, Temerloh lumpuh hampir 2 minggu dan aku dapat cuti bencana alam kerana jalan ke pejabat terputus sepenuhnya. Memang syok masa tu, tak payah pergi kerja tetapi…..

Makan susah, api tak ada, talian telefon tenggelam timbul dan macam-macam lagi kepayahan masa tu. Walaupun aku bukan mangsa banjir secara langsung tetapi keperitan banjir besar tu masih segar dalam ingatan, apatah lagi mereka yang terkena secara langsung.

Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat?

Musim hujan dah datang. Banjir atau tak kita tunggu sahaja. Tengok situasi air sungai utama yang masuk ke Temerloh iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Semantan, kalau besar kedua-dua sungai itu siap sedia sahaja paras air sungai Pahang akan naik mendadak. Memang banjirlah!

Nak tunggu banjir dah teruk baru nak berpindah?

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Ini yang bahaya…. Jangan air dah sampai paras dada baru nak berpindah, air banjir cepat naik terutama pada waktu malam kerana suasana yang gelap kita tak nampak paras air yang naik secara mendadak.

Sebab itu apa bila diarahkan pihak berkuasa untuk berpindah JANGAN DEGIL. Bukan apa nanti menyusahkan orang lain terutama situasi menjadi semakin buruk, mulalah nak salahkan bomba, polis dan orang lain lambat bertindak sedangkan engkau yang degil!

Anda Boleh Pantau Dan Semak Paras Air Sungai Sendiri…

Bukan susah pun nak semak paras air sungai, masuk sahaja ke Laman Web Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Kalau tinggal di kawasan rendah, selalu dinaiki air dan di tepi sungai memang kena sentiasa pantau paras air sungai. Barulah boleh merancang nak pindah ke tidak atau kalau degil juga bolehlah buat pelampung, sampan siap-siap.

Musim Tengkujuh

Setakat aku menulis hari ini, nampak belum ada tanda-tanda hujan lebat setiap hari, sekejap panas sekejap hujan tetapi tengoklah masuk bulan 12 nanti.

Ikut sejarah dan pengalaman lepas, bulan Disember sehingga Januari adalah tempoh puncak hujan lebat, masa tu baru tahu penangan musim tengkujuh 🙂

1 comment on “Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat?

  1. Pingback: Semua Sungai Yang Masuk Ke Sungai Pahang Melebihi Paras Normal - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *