Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan. pening juga fikir nak masak apa untuk berbuka puasa. Bagi wanita berkerjaya, memang susah nak memasak untuk berbuka puasa Boleh dikatakan tak sempat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, kerja lebih masa dan sebagainya.
Pilihan alternatif beli sahaja juadah berbuka di Bazar Ramadhan. Ada banyak menu popular berbuka puasa di Bazar Ramadhan. Rambang mata nak pilih, macam-macam jenis makanan dan minuman, kuih muih, manisan dan sebagainya.
Mesti Baca: Resipi Asli Patin Tempoyak Temerloh
Cuma, jangan terlalu asyik membeli sampai tak termakan. Akhirnya masuk tong sampah. Memang nafsu berbuka puasa tinggi selepas seharian berlapar tetapi kena beringat, perut kita bukan besar sangat nak sumbat semua makanan dan minuman sampai tak boleh bangun.
Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan
Jom kita tengok apa makanan dan minuman popular yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung bazar ramadhan.
1) Murtabak
Ini memang wajib ada di mana-mana bazar ramadhan. Ada yang sanggup beratur panjang untuk membeli murtabak sedangkan pada hari-hari biasa anda tak terasa nak makan pun.
2. Ayam Percik
Ayam percik antara menu popular berbuka puasa di bazar ramadhan. Rupanya yang menarik memang sesuai untuk orang yang sedang lapar.
3. Tepung Pelita
Kuih tradisional yang sentiasa mendapat tempat tak kira bulan puasa atau tidak. Pemanis mulut yang enak dimakan sebaik saja menjamah kurma dan air ketika berbuka puasa.
4. Bubur Lambuk
Mesti Baca: Lokasi Kedai Makan Patin Tempoyak Popular Di Temerloh
Bubur lambuk popular ketika bulan ramadhan. Pada hari biasa, bubur lambuk pun orang tak berapa pandang tetapi apabila bulan puasa ianya sangat popular untuk dijadikan juadah berbuka.
Bubur lambuk juga biasa diberi percuma oleh masjid. Paling popular bubur lambuk masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur.
5. Roti John
Makanan berasaskan roti dan inti daging/ayam ini antara menu popular berbuka puasa di bazar ramadhan. Pergi ke mana-mana bazar ramadhan, anda pasti terjumpa beberapa buah gerai menjual roti john saja.
6. Popia Basah
Menu berbuka puasa yang menyelerakan. Popia basah antara menu yang cepat habis dijual di bazar ramadhan. Kalau anda pergi lewat ke bazar ramadhan, peluang tipis nak cari popia basah.
7. Air Soya, Air Katira Dan Air Tebu

Air Soya

Air Katira

Air Tebu
Tiga jenis minuman ini sangat popular untuk dijadikan pembasah tekak ketika berbuka puasa. Kalau admin, air tebu pilihan utama.
Antara pemandangan menarik yang boleh kita llihat di bazar ramadhan, orang ramai beratur panjang semata-mata untuk membeli air katira.
Mesti Baca: Soal Jawab Perkara Yang Membatalkan Puasa
itulah serba sedikit menu popular berbuka puasa di bazar Ramadhan.
Setiap bazar ramadhan ada keunikan tersendiri, kadang-kadang kita takan melhat menu yang tidak dijual pada hari-hari biasa.
Tetapi, kalau ada masa lebih baik memasak juadah berbuka puasa, lebih sedap, jimat dan lebih berkat keluarga memakan masakan air tangan ibu atau isteri 🙂