Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020

Akhirnya, teka-teki bakal terjawab siapakah yang akan menganggotai barisan Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020. Selepas pelbagai spekulasi timbul sejak PN mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), kini ianya hampir selesai selepas Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengemukakan senarai ahli politik yang akan mengisi jawatan kabinet beliau.

Negara masih terkesan dengan drama jatuh bangun, tolak menolak, khianat dan sebagainya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara, rakyat cuma meminta hentikan segera drama politik yang memualkan ini. Cukuplah berpolitik dan saling berebut kuasa, di mana kedudukan anda sekarang rakyat yang tentukan. Ingat! kuasa di tangan rakyat.

Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020

Dua tahun lebih PH berkuasa sebenarnya bukan tempoh yang cukup untuk menilai prestasi mereka, walaupun timbul pelbagai kontroversi sama ada melibatkan agama dan bangsa, barisan menteri yang mengeluarkan kenyatan menghina rakyat dan lebih kepada “pak lawak” daripada imej sebagai menteri namun harus diakui ada beberapa menteri yang nampak senang di mata rakyat dan menjalankan tugas dengan baik tetapi apakan daya khidmat mereka terhenti kerana perebutan kuasa ahli politik.

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Mesti Baca: Jom Tengok Tempat Menarik Di Temerloh

Cukuplah! teruskan dengan kerajaan sedia ada sehingga PRU15 nanti, tak lama dah. Walaupun ada cakap-cakap yang PH akan membuat usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sidang parlimen akan datang, apakah kesudahannya? jika berjaya menjatuhkan PM, rakyat nak hadap lagi drama politik dan perebutan kuasa?

Pada pendapat aku, cukuplah! tunggu PRU15 tak lama lagi kira-kira dua tahun lebih saja lagi. Jika PH yakin dengan sokongan rakyat, teruskan memancing hati mereka untuk kembali mengundi PH dalam PRU15 nanti. Bagi PN pula, anda kena buktikan anda mampu jadi kerajaan yang baik dan disenangi rakyat, jadikan “rampasan kuasa” ini adalah terbaik untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020

Siapakah yang bakal menganggotai barisan Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020? Kita tunggu pengumuman dalam masa terdekat daripada Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dijangka mengumumkan senarai Kabinet baharu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, jam 5 petang ini.

Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020

Nanti aku akan kemaskini senarai Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020 tersebut. Tunggu pengumuman rasmi ok.

Siaran langsung pengumuman senarai Menteri Kabinet kerajaan Pakatan Nasional (PN) KLIK SINI

Sumber: malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *