Di mana lokasi menarik sambut tahun baru 2018? Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi setakat aku menulis entri ini untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2017. Bagaimana dengan azam tahun baru 2018? Cepat sangat masa berlalu azam tahun 2017 pun belum tercapai betul tak?
Seperti biasa apabila menjelang ambang tahun baru, orang ramai mula terfikir nak sambut tahun baru di mana. Bagi yang telah berkeluarga ianya sekadar menghiburkan anak-anak melihat percikan bunga api apabila tepat malam tahun baru 2018 nanti.
Lokasi Menarik Sambut Tahun Baru 2018
Banyak tempat menarik yang boleh kita pergi untuk menyambut ambang tahun baru 2018 nanti. Aku senaraikan lokasi sekitar ibu negara dan tempat popular yang boleh anda pilih untuk melihat percikan bunga api nanti.
1. Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
KLCC boleh dikataka tempat wajib selain Dataran Merdeka untuk menyambut kedatangan tahun baru setiap tahun. Sambutan di KLCC biasanya sangat meriah dengan bermacam-macam acara untuk menyambut kedatangan tahun baru dan diakhiri dengan tembakan bunga api yang meriah.
Bagi yang tinggal berdekatan Kuala Lumpur bolehlah pergi ke KLCC dan mengalami keseronokan sambutan tahun baru 2018 di sana.
2. Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Ini pun lokasi wajib untuk sambut tahun baru 2018 di Kuala Lumpur. Ianya berdekatan dengan KLCC. Jadi, anda boleh pilih untuk sambut di KLCC atau Dataran Merdeka. Kalau jalan nak ke KLCC sesak teruk bolehlah pilih Dataran Merdeka sebagai lokasi alternatif untuk sambut tahun baru nanti.
3. I-City, Shah Alam
I-City yang terletak di bandaraya Shah Alam juga pilihan terbaik untuk menyambut ambang tahun baru 2018. Dengan limpahan lampu yang menarik di I-City, pastinya menjadi pengalaman sambutan tahun baru 2018 suatu memori indah.
4. Dataran Putrajaya
Putrajaya sebagai pusat pemerintahan kerajaan pusat juga menjadi lokasi menarik untuk sambut tahun baru 2018 yang biasanya disambut di Dataran Putrajaya.
Pelbagai acara menarik dirangka sebelum ambang tahun baru dan diakhiri dengan percikan bunga api yang menarik untuk santapan pengunjung.
Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!
5. Genting Highlands
Lokasi seterunsya ini memang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang gemarkan suasana kesejukan malam yang mengigit.
Genting Highlands, pusat pelancongan tanah tinggi yang terletak di Pahang dan berdekatan dengan Kuala Lumpur sentiasa menjanjikan keseronokan sambutan tahun baru dengan bermacam-macam acara dan percikan bunga api yang memukau.
Kalau nak sambut tahun baru 2018 di Genting Highlands, pastikan anda bersedia dengan baju yang tebal kerana suasana malam di sana biasanya sangat sejuk.
6. Temerloh
Ehhhhh… macam mana ada Temerloh pula. Apa yang menarik sambutan tahun baru 2018 di Temerloh?
Aku sebagai orang Temerloh mungkin akan sambut di sini sahaja, tengok perancangan dahulu. Kalau tak pergi ke semua lokasi di atas aku akan sambut di sini sahaja.
Orang Temerloh biasanya sambut tahun baru di pusat beli belah Mentakab Starmall atau di Dataran Temerloh sahaja.
Sekarang ada festival ambang tahun baru 2018 di Dataran Temerloh dengan kedatangan artis yang suam kuku (paling menarik pun kumpulan XPDC sahaja, artis lain orang tak berapa nak kenal).
Ada banyak gerai jualan dibuka. Kalau orang Temerloh dan penduduk sekitar tak ke mana untuk sambut tahun baru 2018 bolehlah datang ke Festival Ambang Tahun Baru 2018 di Dataran Temerloh.
Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh
Cukuplah aku senaraikan lokasi sambutan tahun baru 2018 yang berdekatan dengan Kuala Lumpur sahaja.
Banyak lagi lokasi menarik yang lain seperti Cameron Highlands, Melaka dan juga di bandar-bandar besar di seluruh negara.
Aku mungkin sambut tahun baru 2018 di Temerloh sahaja, tengok macam mana dahulu. Aku tak suka merancang sangat, silap gaya memandu sampai ke Kuala Lumpur malam tahun baru nanti 🙂