Nak tahu latar belakang Majlis Perbandaran Temerloh? Majlis Perbandaran Temerloh yang mendapat statusnya pada 15 Januari 1997 yang mana sebelumnya dikenali sebagai Majlis Daerah Temerloh selaras dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan bilangan penduduk.
Sebagai anak jati Temerloh, aku melihat pembangunan di daerah ini tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan tetapi apa aku perhatikan kemudahan pengangkutan awam seperti terpinggir sebagai contoh perkhidmatan bas bandar entah wujud atau tidak lagi (macam tak wujud dah) dan perkhidmatan teksi pun sangat kurang (jarang nampak).
Mungkin harga kereta dan motosikal dah murah jadi semua orang mampu memiliki kenderaan sendiri menyebabkan pengangkutan awam di Temerloh mati. Rindu pula zaman sekolah dahulu, Bas Merah Leong Seng, Bas Haji Awang, Bas Tanjong Keramat 🙂
Itu belum cerita bab pusat membeli belah. Mentakab Starmall, pusat membeli belah terbesar di Temerloh pun macan hidup segan mati tak mahu. Mungkinkah nasibnya akan sama seperti Plaza Temerloh yang berkubur?
Mesti Baca: Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh
Mesti Baca: Apa Bukti Temerloh Titik Tengah Semenanjung?
Banyak aspek yang perlu diperhatikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh dan pihak-pihak terbabit termasuk Ahli Parlimen Temerloh bagaimana mahu membangunkan Temerloh setaraf dengan Kuantan sekurang-kurangnya.
Merujuk kepada gelaran Temerloh Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung, taraf pembangunan aku boleh katakan sedang-sedang sahaja.
Apapun, jom kita baca serba sedikit latar belakang Majlis Perbandaran Temerloh yang aku petik daripada Portal Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh untuk pengetahuan semua.
Latar Belakang Majlis Perbandaran Temerloh
1) Pengenalan Majlis Perbandaran Temerloh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih di kenali sebagai kerajaan tempatan adalah kerajaan peringkat ketiga dimana kerajaan peringkat pertama adalah Kerajaan Persekutuan, dan Kerajaan Negeri pula merupakan kerajaan peringkat kedua di dalam sistem pentadbiran negara.
PBT adalah satu badan kerajaan yang bersifat autonomi dimana terdapatnya kebebasan di dalam membuat keputusan. Contohnya PBT mengutip hasil kewangan sendiri dan membelanjakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Di Malaysia terdapat 3 bentuk PBT iaitu :
- Majlis Daerah
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bandaraya
PBT mengamalkan konsep perwakilan iaitu dimana wakil dari penduduk setempat duduk di dalam PBT sebagai Ahli Majlis dan membantu membuat dasar melalui kaedah yang telah di tetapkan.
2) Latar Belakang Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. Waktu itu MDT adalah hasil gabungan 4 majlis tempatan yang wujud di Temerloh iaitu :
- Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab
- Majlis Tempatan Kuala Krau
- Majlis Tempatan Kerdau
- Majlis Tempatan Lanchang
Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT.
Pada ketika pentadbiran MDT, Yang Dipertua adalah disandang oleh Pegawai Daerah Temerloh. Setelah melalui perubahan dan kemajuan, MDT telah memohon kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh.
Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!
Mesti Baca: 6 Tempat Menarik Jika Melancong Ke Temerloh
Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti hasil melebihi RM 10 juta dan penduduk melebihi 100,000. Maka dengan itu pada 27 Mac 1996 telah meluluskan permohonan naiktaraf kepada MPT dan pada 15 Januari 1997 telah secara rasmi bergelar Majlis Perbandaran Temerloh.
3) Kawasan Pentadbiran
Kawasan MPT dibahagikan kepada 2 iaitu Kawalan Operasi dan Kawasan Kawalan. Kawasan Operasi dikenakan cukai taksiran dan memberikan perkhidmatan.
Kawasan Kawalan adalah tidak dikenakan cukai taksiran dan tidak memberi perkhidmatan tetapi mengenakan kawalan terhadap cadangan aktiviti pembangunan.
Luas Daerah Temerloh – 2,251km persegi
Luas Kawasan Kawalan – 1,442 km persegi
Luas Kawasan Operasi – 156 km persegi
(Kedudukan Temerloh Didalam Peta Negeri Pahang)
Kawasan kawalan yang telah diwartakan kepada MPT mengikut Pelan Warta PW 3223 adalah 1,442 km persegi. Sumber
Itulah dia latar belakang Majlis Perbandaran Temerloh.
Daerah Temerloh luas sebesar negeri Perlis.
Bagi yang tak pernah ke Temerloh, jemputlah datang. Banyak juga tempat menarik selain daripada ikan patin 🙂