Kepala Air Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang

Cuaca kemarau yang melanda negara hampir mengeringkan sungai-sungai utama di seluruh negara. Bayangkan cuaca panas terik dan kering, tiada hujan selama berbulan-bulan menyebabkan banyak tempat terputus bekalan air kerana paras air sungai yang merosot teruk. Mengikut ramalan Jabatan Kaji Cuaca, musim panas kering ini hampir berakhir dan banyak tempat sudah menerima hujan, begitu juga di Pahang. Di antara sungai utama yang masuk ke sunga Pahang adalah sungai Tembeling yang menyaksikan paras air merosot teruk sehingga restoran terapung di Taman Negara terapung di atas beting pasir! Tetapi baru-baru ini terjadi fenomena kepala air Sungai Tembeling yang mengejutkan penduduk setempat. Sekelip mata air meningkat naik dan aliran air sangat deras ibarat tsunami kecil. Itulah bahayanya kepala air yang muncul secara tiba-tiba tanpa isyarat.

Kepala Air Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang

Tanpa membuang masa jom kita tengok video dan gambar kepala air Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang yang aku petik daripada Facebook Wan Nurushahadah Wan Ramli

Menurut Wan Nurushahadah melalui tulisannya di Facebook, kejadian kepala air Sungai Tembeling tersebut berlaku ketika:

Lokasi : Taman Negara Kuala Tahan
Masa : 8.30 pagi-10.30 pagi
Tarikh : 29 March 2019

 Kepala Air Sungai Tembeling  Kepala Air Sungai Tembeling

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jom Cari Punca

Mengerikan juga tengok kepala air Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang. Bayangkan sedang mandi atau lepak-lepak beting pasir tak perasan kepala air datang. Kalau mandi di mana-mana pun bila tengok perubahan mendadak air atau nampak buih-buih pelik atau ada kayu hanyut dari hulu sungai baik cepat-cepat naik ke atas kerana iu petanda kepala air.

1 comment on “Kepala Air Sungai Tembeling, Taman Negara Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *