Kemelut Politik Malaysia Meloyakan. Kuasa Rakyat Akan Menghukummu…

Kemelut politik Malaysia sangat meloyakan, perebutan kuasa ketika pandemik Covid-19 sedang memuncak menaikkan kemarahan rakyat. Ketika artikel ini ditulis, Malaysia masih tidak mempunyai perdana menteri sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana tiada sokongan majoriti di parlimen.

Mantan PM tersebut kini hanya bertindak sebagai perdana menteri sementara sebelum lantikan PM baru yang dijangka dapat diketahui hari ini selepas Majlis Raja-Raja bersidang.

Jika bukan kerana pandemik, memang wajar PRU diadakan dan kuasa memilih diserahkan kepada rakyat kerana selagi ahli parlimen memilih PM, beginilah kesudahannya. Masing-masing hanya memikirkan kuasa dan jawatan, jika kemahuan tidak dipenuhi tarik sokongan dan kerajaan sedia ada tumbang lagi. Sampai bila? sampai Abang Jamil mampus???!!

Artikel Menarik;

Kipas Siling Berbunyi? Apa Nak Buat? Cuba DIY Dahulu

Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Nafkah Kepada Isteri Atau Ibu Bapa. Mana Lebih Utama?

Paling aku menyampah bila ahli politik meminta rakyat bertenang ketika mereka sedang berebut kuasa, rakyat mana yang gelabah? yang gelabah korang! kami ok sahaja. JANGAN petik rakyat! kami TIDAK ada kena mengena dengan kegilaan kamu.. meloya aku…

Serius… aku sangat meloya melihat gelagat ahli parlimen Malaysia berebut kuasa. Mereka ini elok sahaja diletakkan di dalam gelanggang dan biarkan mereka bertinju sesama sendiri. Kalau ada yang mati campak sahaja dalam kolam buaya, biar lantak.

Situasi Terkini Kemelut Politik Malaysia….

Jangkaan Naib Presiden Umno merangkap ahli parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob bakal dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru kerana didakwa memiliki majoriti sebanyak 114 (minimum 111) berbanding pencabar terdekat yang sering dimomokkan sebagai PM Tepi iaitu Anwar Ibrahim yang memiliki 105 sokongan.

Kemelut Politik Malaysia Meloyakan. Kuasa Rakyat Akan Menghukummu...
Kredit Gambar: malaysiakini.com.my

Aku sebenarnya kasihan sungguh dengan Anwar Ibrahim, percubaan menjadi Perdana Menteri sentiasa digagalkan walaupun pada satu ketika dilihat semakin hampir berjaya. Entah di mana silapnya.

Jujur aku katakan, tidak salah jika beri peluang kepada Anwar Ibrahim membuktikan kebolehan sebagai PM. Adakah kata-kata beliau yang sering nampak hebat seiring dengan tindakan? Kalau mengecewakan, rakyat boleh hukum dalam PRU akan datang.

Aku Pilih Siapa Sebagai PM?

Dalam situasi pandemik yang dilihat tidak menunjukkan ianya pulih dalam masa terdekat, suka atau tidak lantiklah siapa sahaja sebagai PM sebelum PRU15. Tak lama dah.

Nanti masa PRU, rakyat akan menghukum ahli parlimen katak, cakap banyak habuk tarak dan sering menimbulkan kekusutan. Campak sahaja mereka ke longkang walaupun buat “muka seposen”.

Pandangan aku ketika ini;

Apa yang YDP Agong pilih itulah yang terbaik. Baginda pasti telah menilai dengan sebaik mungkin dengan nasihat dan pandangan Majlis Raja-Raja. Rakyat hanya bergantung kepada YDP Agong untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang sangat meloyakan.

Sampai masa apabila rakyat memilih, aku sangat berharap semua dapat menggunakan KUASA RAKYAT mengajar ahli politik gila. Tunjuk jalan keluar kepada mereka yang tidak berguna. Pilih wakil rakyat yang KURANG BERCAKAP dan nampak buat kerja, bukan yang melalak tetapi satu habuk tak berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *