Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)

      5 Comments on Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)

Di mana kawasan hotspot banjir 2022? Apabila masuk musim tengkujuh biasanya bermula November sehingga Januari, hujan lebat akan turun selama berhari-hari, siang malam dan akhirnya menyebabkan banjir. Perubahan bentuk muka bumi menjadikan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir juga terkesan seperti banjir besar 2021 di Pahang. Sekarang semua tempat dah tak selamat.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) baru sahaja mengeluarkan kawasan hotspot banjir bagi setiap negeri. Ianya boleh dijadikan panduan awal kepada orang ramai dan juga pihak berkuasa untuk membuat persediaan menghadpi musibah banjir.

Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)
Kereta tenggelam banjir 2021. Jual besi buruk kerana kos baiki tak berbaloi.

Aku yang pernah menjadi bangsa banjir 2021 dapat merasai betapa peritnya kesan akibat banjir. Pertama kali dalam hidup kena banjir. Walaupun aku tidaklah terlalu teruk tetapi memakan kos juga terutama tenggelam sebiji kereta. Bayangkan mereka yang setiap tahun terkena banjir, berapa banyak kerugian yang perlu ditanggung.

Pada masa sekarang, tempat yang terkena banjir semakin meluas. Dahulu kita boleh cakap tempat kita tak pernah kena tiba-tiba kena. Sebabnya perubahan iklim, perubahan bentuk muka bumi dan juga sikap kita sendiri.

Kerosakan alam sekitar memang punca utama banjir tetapi sikap kita juga memainkan peranan menyumbang faktor banjir. Pembuangan sampah sesuka hati dalam sungai, longkang dan sistem perparitan menyebabkan apabila banjir datang, aliran air tidak dapat keluar dengan cepat kerana sistem perparitan dipenuhi sampah dan tersumbat.

Artikel Menarik: Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

Artikel Menarik: Pengalaman Banjir Besar 2021 Di Temerloh

Artikel Menarik: Kipas Siling Berbunyi. Apa Nak Buat?

Tanpa membuang masa jom kita lihat kawasan hotspot banjir untuk tahun 2022. Untuk entri ini aku fokuskan kepada negeri kelahiran aku, Pahang. Data diambil daripada Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA).

Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)

Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)
Kredit Imej: Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA)

Berikut adalah pecahan kawasan hotspot banjir mengikut daerah di Pahang. Kawasan aku pun ada dalam senarai. Siap sedia oiii… nampak lain macam saja terus alih kereta dan simpan barang penting di tempat tinggi.

Orang Pahang boleh dah siap sedia. Jangan ambil mudah. Jangan ingat tempat tak pernah kena boleh selamat sebab aku pun macam tu juga sebelum ini, last terkena banjir. Apa lagi termenunglah hilang sebiji kereta dan barang perabot.

Untuk negeri lain, boleh terus semak kawasan hotspot banjir 2022 di Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA)

Semak Paras Air Sungai Untuk Persediaan Awal Banjir

Selain daripada mengetahui kawasan hotspot banjir, anda juga boleh semak paras air sungai terkini untuk persediaan awal banjir. Dengan menyemak data terkini paras air sungai, kita boleh menjangka air sungai yang akan turun ke tempat kita.

Contoh di Temerloh, air sungai Pahang akan meningkat apabila air sungai di hulu seperti Sungai Tembeling, Jerantut naik mendadak. Begitu juga air Sungai Semantan yang masuk ke Temerloh apabila naik mendadak orang di Temerloh sudah boleh bersedia kerana air akan turun ke sini.

Ini penting sebagai langkah awal. Kemas apa yang patut sebelum air dari hulu turun ke bawah. Biasa mengambil masa beberapa jam untuk sampai.

Untuk semakan paras air sungai terkini mudah saja. Masuk ke laman web Public Infobanjir. Lengkap untuk setiap negeri. KLIK SINI

Semoga kita semua dilindungi daripada banjir besar yang memusnahkan harta benda dan nyawa. Bagi mereka yang sudah biasa dilanda banjir, boleh dah buat rumah rakit siap-siap, keluarkan sedikit modal untuk sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos kerugian harta benda nanti.

5 comments on “Kawasan Hotspot Banjir 2022 (Pahang)

  1. Pingback: Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Bubar Parlimen Untuk PRU15. Berenang Ke Pusat Mengundi? – From Temerloh With Love

  3. Pingback: PRU15: Calon Parlimen Dan DUN Temerloh - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia! - From Temerloh With Love

  5. Pingback: Situasi Temerloh Banjir 2022 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *