Jambatan Tertinggi Malaysia Dibuka Mulai 29 November 2017

Siapa tahu jambatan tertinggi Malaysia di mana? Aku sendiri pun tak tahu sebenarnya. Cuma ada terbaca dalam laman sosial Facebook baru-baru ini sebuah bypass yang terdapat di Rawang merentasi hutan dan bukit bukau.

Rupa-rupanya itulah jambatan tertinggi di Malaysia! Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia bakal dibuka kepada orang ramai bermula 29 November 2017.

Memang nampak menarik dengan landskap yang menghijau, perjalanan di waktu malam dan awal pagi pasti diselubungi kabus tebal. Agak seram juga jika memandu sendirian dengan landskap sebegitu betul tak?

Jambatan Tertinggi Malaysia Dibuka Mulai November 2017

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia bakal dibuka kepada orang ramai bermula pukul 6 pagi esok, 29 November 2017.

Jambatan Tertinggi Malaysia

Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer itu bakal menjadi mercu tanda baharu negara apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.

Menarik mengenai pembinaan lebuh raya ini, ia turut memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS).

Kaedah MSS yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara ini dapat mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komenwel.

“Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang,” katanya pada Majlis Perasmian Jalan Pintas Rawang di Tapak Projek, Jalan Pintas Rawang di sini hari ini.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM628 juta itu menggunakan teknologi dari Eropah.

Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017. – Sumber

Memang suatu pengalaman yang menarik bagi yang berkesempatan melalui Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang diiktiraf jambatan tertinggi Malaysia.

Cuma jangan memandu jalan tersebut seorang diri pada waktu malam, tempat baru buka maklumlah risau juga 🙂

3 comments on “Jambatan Tertinggi Malaysia Dibuka Mulai 29 November 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *