Jambatan Patah Temerloh, Patahnya Sayap Malam

Pehhhh… jiwanya tajuk artikel aku kali ni. Aku sengaja bubuh tajuk artikel seperti tajuk lagu daripada kumpulan Masa, Patahnya Sayap Malam walaupun tak ada kaitan langsung dengan kisah Jambatan patah Temerloh yang aku nak ceritakan di sini.

Jambatan patah Temerloh bukanlah tempat yang menarik untuk dikunjungi di Temerloh tetapi apa yang aku nak sampaikan di sini runtuhnya jambatan patah ini sebenarnya rahmat kepada penduduk Temerloh, setuju tak?

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Jambatan Patah Temerloh

Banjir besar Temerloh 1971

Jambatan Patah Temerloh

Jambatan patah Temerloh di sebelah jambatan baru. Ketinggian jambatan baru dibina jauh lebih tinggi selepas musibah banjir besar 1971.

Masa jambatan patah ini masih wujud dan menjadi nadi penghubung pusat bandar ke seberang Temerloh, aku masih belum lahir lagi dan ketika jambatan patah runtuh pun aku masih belum melihat dunia.

Apa yang tinggal untuk tatapan anak muda seperti aku (muda lagi baru 36 tahun), hanyalah sisa runtuhan di sebalik kisah suka duka yang dibawa arus sungai Pahang ketika banjir besar 1971.

Memori Jambatan Patah Temerloh, Runtuhnya Bawa Rahmat

Mengapa aku kata rahmat?

Kalau bukan kerana banjir besar Temerloh 1971 yang menenggelamkan daerah ini dan meruntuhkan jambatan patah, kita tak dapat jambatan baru seperti yang ada sekarang betul tak?

Itulah aku kata rahmat..

Jambatan Patah Temerloh

Sisa runtuhan jambatan patah Temerloh di sebelah kemegahan jambatan baru.

Setiap musibah ada pengajaran dan hikmahnya.. runtuh jambatan patah dapat jambatan baru yang lebih canggih, kuat dan tinggi..

Mesti Baca: Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Bukan tu saja, jambatan kedua pula sedang dalam perancangan kerajaan untuk dibina sebelah jambatan sedia ada sekarang kerana aliran trafik semakin sesak di atas jambatan tu tambah pula ada kemalangan, terus “jam” sampai ke Mentakab!

Jambatan Patah Temerloh Jadi Tempat Lepak Dan Memancing

Walaupun jambatan patah Temerloh hanya tinggal sisa tetapi aku tengok masih ramai yang gunakannya sebagai tempat memancing dan melepak petang-petang.

Malah, jambatan patah juga menjadi penanda aras situasi banjir semasa di Temerloh, kalau tenggelam jambatan patah tu memang besarlah air sungai Pahang. Siap sedialah nak banjir!

Apapun, hati-hati sikit sebab kita tak tahu sekuat mana lagi jambatan patah tu.. jangan syok sangat terutama ketika musim tengkujuh begini.

Kalau air sungai Pahang dah besar semacam eloklah jauhi kawasan jambatan patah tu, manalah tahu jadi apa-apa nanti.

Oklah, aku belanja lagu Patahnya Sayap Malam daripada Kumpulan Masa sesuai dengan tajuk artikel aku kali ini 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *