Bila Jambatan Kedua Temerloh Akan Dibina?

      No Comments on Bila Jambatan Kedua Temerloh Akan Dibina?

Jambatan kedua Temerloh sebenarnya telah disebut-sebut sejak tahun 2014 lagi kemudian senyap entah berapa tahun dan nak dekat pilihan raya umum ke 14 ini cerita jambatan kedua timbul semula.

Mengapa orang Temerloh perlukan jambatan kedua sedangkan jambatan sedia ada masih kukuh? Soalan ini kena tanya orang yang tinggal di seberang Temerloh. Mereka lebih tahu mengapa projek ini mesti dibuat secepat mungkin.

Dan…. ada orang cakap jambatan kedua Temerloh hanya modal pilihan raya sahaja tetapi sabar dahulu, jangan cepat melatah. Kita kena tengok dan kaji dahulu mengapa projek jambatan kedua ini lambat dilaksanakan.

Mesti Baca: Gunung Senyum Temerloh Asalnya Di Bawah Laut?

Ingat senang ke nak buat projek bertaraf mega ini?  Berjuta ringgit perlu dibelanjakan kerajaan dengan masalah lain lagi seperti proses pengambilan balik tanah dan hal-hal lain.

Bila Jambatan Kedua Temerloh Akan Dibina?

Soalan ini akan terjawab sedikit masa lagi. Orang Temerloh kena bersabar. Tak percaya? Tunggu masa kempen pilihan raya umum ke 14 nanti.

Hasil carian aku di Google, ada beberapa petikan yang aku jumpa yang membicarakan soal jambatan kedua Temerloh ini yang mana jambatan kedua Temerloh ini sudah dicanang sejak 2014 lagi atau mungkin lebih awal (aku tak jumpa maklumat).

Jambatan Kedua Temerloh

Jambatan Temerloh Nadi Penghubung Penduduk Seberang Temerloh Dengan Pusat Bandar

Dan….. Mengapa Jambatan Kedua Temerloh Mesti Dibina Dengan Cepat?

  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.
  • Kalau berlaku kemalangan kecil sekalipun di atas jambatan sebagai contoh orang terjatuh daripada basikal sahaja, keadaan trafik akan berubah sesak dalam sekelip mata kerana hanya ada satu lorong dari kedua-dua arah.
  • Jambatan kedua Temerloh akan menjadikan dua lorong bagi kedua-dua arah. Ini dapat melancarkan perjalanan terutama ketika berlaku kemalangan di atas jambatan.
  • Jambatan kedua dilihat penting seiring dengan pertambahan penduduk di Seberang Temerloh apabila muncul banyak perumahan baru dan Hospital Temerloh juga terdapat di sana.
  • Bayangkan situasi kecemasan berlaku. Bagaimana ambulans dapat bergerak ke tempat kejadian andai berlaku kemalangan di atas jambatan sedangkan hanya ada satu lorong sahaja dari kedua-dua arah?
Jambatan Kedua Temerloh

                       Laluan Sehala Jambatan Temerloh

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Memang keperluan untuk membina jambatan kedua Temerloh dan patut sudah dimulakan sekarang sebab aku selalu perhatikan jambatan sedia ada sudah tidak mampu menampung jumlah trafik yang banyak ketika waktu puncak.

Kena pula ada kemalangan atas jambatan walaupun kemalangan kecil sahaja tetapi kesesakan jalan raya boleh sampai ke Mentakab yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer!

Tetapi macam aku cakap di  awal tadi, ingat senang ke nak buat jambatan baru?

Kos tinggi makan berjuta, proses pengambilan balik tanah, tanah yang nak diambil tanah pusaka pula dan macam-macam lagi.

Jadi, orang Temerloh kena sabar dahulu. Tunggu pilihan raya umum ke 14 bila-bila masa sahaja. Masa tu dengarlah “lagu” jambatan kedua Temerloh akan berkumandang lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *