Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia). Sepak mula Piala Dunia 2018 di Rusia berlangsung pada hari Khamis, 14/06/2018. Tinggal 2 hari lagi ketika aku sedang menulis artikel ini. Inilah pesta sukan yang paling dinantikan oleh seluruh penduduk dunia kerana ianya hadir 4 tahun sekali sahaja.

Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu menyokong pasukan negara lain kerana untuk melihat pasukan negara kita bermain dalam piala dunia entah bila. Mungkin ianya menjadi kenyataan di zaman anak cucu aku nanti 🙂

Yang mana pasukan kegemaran anda?

Kalau ikutkan hati, aku menyokong pasukan Itali sejak zaman sekolah lagi tetapi sayang edisi Pialai Dunia 2018 Rusia ini pasukan Itali tidak tersenarai di antara pasukan yang layak. Penduduk dunia memang tersentak dengan kegagalan Itali mara ke piala dunia kerana mereka boleh dikatakan muka wajib piala dunia, malah pernah menjuarai piala dunia sebanyak 3 kali.

Mesti Baca: Cara Semak Akaun Astro Paling Mudah

Pilihan yang ada?

Aku menyokong pasukan Portugal. Untuk pengetahuan semua, aku sangat meminati Cristiano Ronaldo. Dengan status sebagai juara Eropah, Portugal dijangka memberikan saingan sengit dalam Piala Dunia 2018. Harap mereka boleh pergi jauh kali ini.

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Seingat aku Piala Dunia 2014 di Brazil berlangsung dalam bulan Ramadhan. Menariknya Piala Dunia 2018 ini kita akan menyaksikan perlawanan pembukaan pada malam raya!

Sudahnya golongan bapa tak layan anak main bunga api malam raya tetapi habis semua pakat duduk depan TV menonton piala dunia.

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Apapun, jangan lalai sangat menanti setiap perlawanan dalam Piala Dunia 2018 nanti sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting.

Tambahan pula ketika hari raya. Sepatutnya melayan tetamu yang datang atau berkunjung ke rumah sanak saudara atau rakan. Ini sibuk dengan Piala Dunia sampai tak mahu keluar rumah pula.

Mesti Baca: Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

Oklah jadual perlawanan Piala Dunia 2018 (waktu Malaysia) pun kita dah tahu.

Tentu dah tak sabar lagi betul tak?

Harap kali ini, ada juara baru pula. Asyik Jerman, Argentina, Brazil, Sepanyol, Itali sahaja.

Aku harap Portugal menjadi juara Piala Dunia 2018 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *