Jadual Perlawanan Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia 2018

Bagaimana dengan jadual perlawanan dan siaran langsung suku akhir Piala Dunia 2018? Setakat ini perlawanan peringkat kalah mati 16 pasukan sedang hangat berlangsung untuk mencari pasukan yang layak ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Dua pasukan telah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir iaitu Perancis yang telah menumpaskan Argentina 4-3 dalam perlawanan yang sengit dan menari seterusnya menghantar Lionel Messi pualng hampa.

Mesti Baca: Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

Tidak kurang juga Uruguay berjaya mara ke suku akhir dengan mengecewakan Cristiano Ronaldo bersama pasukan negaranya, Portugal dengan jaringan 2-1.

Ada yang gembira dan ada yang berduka melihat perginya dua pemain terbaik dunia pulang ke kampung halaman masing-masing selepas pasukan mereka gagal untuk pergi jauh dalam Piala Dunia 2018 tetapi bola sepak adalah permainan berpasukan, mustahil mereka dapat mengemudi pasukan seorang diri walaupun status mereka sebagai pemain terbaik dunia.

Jadual Perlawanan Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia 2018

Balik semula kepada kisah suku akhir Piala Dunia 2018. Sebelum ini aku kerap menulis yang aku menyokong Portugal tetapi nampaknya aku terpaksa memilih pasukan lain pula sebagai pasukan pilihan muncul juara Piala Dunia 2018.

Aku pilih Belgium juara Piala Dunia 2018! Dengan momentum semasa dan barisan pemain yang ada aku tak nampak Belgium ada masalah untuk mara ke perlawana akhir dan keluar sebagai pemenang Piala Dunia 2018.

Jadual Perlawanan Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia 2018

Di atas adalah Jadual Perlawanan Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia 2018 selepas selesai semua perlawanan kalah mati  16 pasukan nanti.

Di antara soalan yang biasa berlegar ada ke siaran langsung percuma RTM dan Astro Arena suku akhir Piala Dunia 2018 nanti?

Mesti Baca: Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan

Apa yang diperhatikan semua perlawanan tersebut disiarkan melalui saluran berbayar Astro Super Sport. Macam tiada siaran langsung percuma?

Atau…. kalau ada pun mungkin “delay’.

Apapun, kita tunggu maklumat lanjut. Nanti aku akan kemaskini jadual perlawanan dan siaran langsung suku akhir Piala Dunia 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *