Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2019

Dalam tidak sedar kita semakin hampir memasuki bulan Ramadhan yang mulia dan dinantikan seluruh umat islam dunia. Jika tiada aral melintang, umat islam di Malaysia akan menyambut 01 Ramadhan pada 06 Mei 2019 (Isnin). Apabila masuk sahaja Ramadhan, jika anda menetap di negeri Pahang mesti tercari-cari jadual berbuka puasa dan imsak Pahang 2019 betul tak?

Kedatangan Ramadhan disambut gembira umat islam kerana bulan ini bukan sahaja peluang merebut pahala sebanyak mungkin tetapi juga mengandungi satu malam yang tidak ada dalam bulan lain iaitu malam Lailatul Qadar.

Tetapi, untuk mendapatkan malam tersebut memang bukan mudah kerana tidak diberitahu Allah bila dan masa ianya terjadi, ini menjadikan kita akan giat beribadat sepanjang malam Ramadhan untuk mendapatkan malam Lalilatul Qadar.

Sah Atau Tidak Puasa Ramadhan Jika……

Sebelum kita mengetahui jadual waktu berbuka puasa dan imsak Pahang 2019, jom kita buat ulangkaji dahulu sah atau tidak berpuasa jika melakukan perkara-perkara berikut:

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2019

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2019

Mesti Baca: Perkara Yang Membatalkan Puasa Dan Soal Jawab Puasa

Mesti Baca: Persediaan Sebelum Ramadhan, Jom Semak.

Daripada gambar di atas, baru kita tahu ada sesetengah pemahaman kita selama ini berkenaan puasa batal mungkin tidak betul.

Apapun, jika boleh elak perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun tidak batal kecuali memang tak dapat hendak mengelak lagi.

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2019

Tanpa membuang masa lagi, jika anda rakyat atau menetap di negeri Pahang, simpan jadual berbuka puasa dan imsak Pahang 2019 bagi memudahkan anda membuat perancangan sepanjang Ramadhan tahun ini.

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Pahang 2019

Download Jadual Penuh Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak (Mengikut Zon) Negeri Pahang 2019

Sentiasa beringat untuk segera berbuka apabila sampai waktunya dan melambatkan sahur kerana ianya dianjurkan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Siapa tahu Ramadhan 2019 ini adalah Ramadhan terakhir kita sebelum menghembuskan nafas terakhir, mari kita sama-sama menguatkan iman untuk menghadapi dugaan sepanjang Ramadhan, raih seberapa banyak pahala, sasarkan untuk mendapatkan keberkatan malam Lailatul Qadar seterusnya menghabiskan Ramadhan tanpa meninggalkan walaupun sehari kecuali keuzuran atau sebab tak dapat dielakkan.

Mesti Baca: Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *