Saya menerima banyak soalan di email yang mana melibatkan harta pusaka peneroka Felda. Apabila peneroka Felda mati, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka arwah?
Di antara contoh soalan seperti berikut;
Salam tuan..mohon pencerahan..
Saya Hanafi dari Johor ingin bertanya berkaitan pemilik dalam pembahagian harta pusaka felda..Adakah sekiraya seorang peneroka meninggal dunia..isteri secara automatik sebagai pemilik mutlak pusaka tanpa perlu meminta persetujuan dari waris (anak anak).
Bagi menjawab soalan ini kita harus lihat dahulu siapa WARIS UTAMA yang berhak jika suami meninggal dunia dan berapa bahagian masing-masing yang telah ditetapkan dalam Hukum Faraid iaitu;
Bapa simati = 1/6 bhg
Ibu simati = 1/6 bhg
Isteri simati = 1/8 bhg
Anak simati = Baki daripada pecahan di atas (anak lelaki lebih dua bhg daripada anak perempuan)
Ok kita terus kepada menjawab soalan.
Peneroka Felda Mati Isteri Dapat Semua?

Artikel Menarik;
Mengapa Pembahagian Pusaka Felda Lantik Pentadbir Bukan Pemilik?
Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian. Yang Mana Satu?
Jom Tengok 6 Lokasi Menarik Di Temerloh
Apabila meninggal seseorang automatik semua harta arwah akan menjadi Harta pusaka tidak kira tanah, duit, kereta atau apa sahaja asalkan ada nama simati sebagai pemilik harta.
Dalam isu Felda, tanah rumah dan ladang adalah hakmilik berangkai/berantai iaitu tidak boleh dibahagikan secara berasingan, mesti dibahagikan sekali. Felda tertakluk di bawah Akta GSA 1960. Untuk makluman, tanah Felda TIDAK BOLEH diturunmilik melebihi 2 orang.
Dalam geran tanah Felda, lazimnya ada seorang nama pemilik iaitu peneroka, 1/1 bhg atau dua orang pemilik iaitu peneroka, 1/2 bhg dan isteri peneroka, 1/2 bhg
Dalam menjawab persoalan di atas, simati adalah peneroka. Kita anggap peneroka sebagai pemilik tunggal, 1/1 bhg.
En Hanafi bertanya,
Adakah sekiraya seorang peneroka meninggal dunia..isteri secara automatik sebagai pemilik mutlak pusaka tanpa perlu meminta persetujuan dari waris (anak anak)?
JAWAPAN?
TIDAK BOLEH!
Sebab?
Seperti dinyatakan di atas, apabila meninggal seseorang automatik semua harta arwah akan menjadi Harta pusaka.
SEMUA WARIS UTAMA simati berhak ke atas harta pusaka simati kerana bahagian telah ditetapkan dalam Hukum Faraid.
Jika isteri peneroka mahu menjadi pemilik tunggal atau hanya mahu nama dia sahaja daftar dalam geran sebagai pemilik tunggal, 1/1 bhg ada DUA KAEDAH iaitu;
1. Mendapatkan persetujuan daripada waris -waris lain semasa perbicaraan harta pusaka
2. Meminta waris-waris yang tidak hadir perbicaraan harta pusaka mengisi Borang DDA (Peraturan 4A) menolak kepada isteri simati.
Itu sahaja kaedah yang ada. Sebab itu biasanya tanah Felda dilantik pentadbir sahaja. Sebabnya kalau pentadbir ianya boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja jika pentadbir tidak amanah seperti tidak membahagikan hasil ladang kepada waris lain mengikut persetujuan semasa bicara pusaka atau pentadbir meninggal dunia.
Kesimpulannya….
Merujuk persoalan En Hanafi jika peneroka Felda mati isteri dapat semua, jawapannya TIDAK BOLEH ok….
Peneroka felda diberi Tanah seluas 10 ekar bukan atas usaha suami ianya adalah usahasama bersama iaitu syarat utama tanah diberi ialah suami ister i berkahwin bermaksud harta sepencarian..harta suami isteri berhak semasa hayatnya harta isteri bukan hak suami kecualui dengan izin.Bagaumana pula bila suami meininggal disusuli isteri setahun kemudian dan sisuami ada anak dgn isteri pertama yang telah meninggal maakala isteri sewaktu memasuki felda juga seorang janda G juga mempunyai anak dengan suami pertamanya yang telah juga meninggal.Selepas suami meninggal hak isteri 50 % dati harta tersebut manakala bakinya adalah hak anak anak dan juga ada bahgiun isteri.Selebihnya hak anak anak .Jika isteri meninggal bahgian isteri adalah harta pusaka
Anak anak siisteri suami pertama dan suami.Mankala anak anka suami kesua tiada hak bajgaian siiateri taoi ada hak bahgian aiauami kedua. ISSUNYA SEKARANG SELWPAA AIIATWRI MENINGGAL KENAPA FELDA MEMBAHGI SAMARATA KEPADA SEMUA ANAK ANAK SISUAMI. BUKAN SEIBU SEBAPA ANAK TIRI TDAK BERHAK .PENINGGALAN SIISTERI.ANAK ANAK SIISTERI LAIN BAPA BUKAN ONEROKA TUDAJ BERHAK KEATAS HARTA IBUNYA.
Kurang berapa jelas pertanyaan tuan tetapi apa yang saya boleh katakan harta pusaka hanya diwarisi oleh waris yang berhak iaitu waris utama:
Ibu
Bapa
Suami/isteri
Anak
Tidak kira anak simati daripada ibu yang mana asalkan BIN/BINTI simati layak mendapat pusaka. Anak tiri tidak berhak. Felda tidak boleh sesuka hati memberikan hasil felda kepada waris-waris tanpa perbicaraan pusaka dahulu kerana bimbang termakan harta yang bukan hak waris.
Assalamualaikum tuan begini kisahnya..sy mahu ajukan pertanyaan..sy anak kpada isteri kdua..ayh sy berkahwin dgn isteri pertama dikurniakan 5org ank perempuan..semasa hayat isteri pertama meminang ibu sy iaitu isteri kedua dapat 3org ank 1lelaki dan 2permpuan. 3thun kmudia slpas istri kedua melahir seorg ank lelaki isteri pertama mninggal..hiduplah ayh sy bersama isteri kdua..selama 29 thun ayah sy pula mninggal..tinggal ibu sy mnjadi balu..dan dngn itu ank2 isteri pertama telah filekan di makhmah untuk menuntuk hak ibu mereka sebnyak 50% dri hasil ladang..dan 50% di faraid kan..dan persoalan nya adakah boleh ank2 isteri pertama mnuntut hak sbnyak itu sedangkan ibu mereka sudah meninggal dlu dri ayh sy dan isteri kdua iaitu ibu sy lg lme hidup bersama suaminya..jika begitu sy juga ingin menuntut hak keats ibu sy iaitu isteri kedua..mohon pihak tuan perjelaskan isu ini..sy merasakan ketidak adilan..
waalaikumusalam…maaf lambat reply..
semua waris tertakluk di bawah Hukum Faraid kecuali isteri/suami simati mahu menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah dan mahkamah yang akan putuskan layak dapat berapa bahagian harta sepencarian. bakinya dibahagikan kepada waris sebagai harta pusaka.
bahagian isteri pertama dan kedua adalah sama dalam pusaka iaitu 1/8 bhg.
dalam kes tuan, waris yang tinggal adalah:
a) isteri kedua
b) anak isteri kedua dan anak isteri pertama
pembahagian:
a)isteri kedua simati boleh menuntut harta sepencarian di mahkamah syariah (bahagian mahkamah putuskan), baki daripada harta pusaka juga dapat (1/8 bhg)
b) anak isteri pertama dan kedua dapat baki daripada harta pusaka (7/8 bhg)