Gunung Senyum Temerloh Asalnya Di Bawah Laut?

      1 Comment on Gunung Senyum Temerloh Asalnya Di Bawah Laut?

Gunung Senyum Temerloh mungkin tidak sepopular Gunung Tahan di Jerantut sebagai gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia tetapi Gunung Senyum juga menarik untuk aku ceritakan di sini kerana banyak kisah menarik di sebalik nama Gunung Senyum itu.

Gunung Senyum bukan mendapat nama kerana gunung itu nampak macam tersenyum tetapi ada kisah disebaliknya. Ada banyak versi daripada mana Gunung Senyum mendapat namanya tetapi yang paling popular adalah kisah melibatkan Sultan Pahang dengan pembesarnya.

Asal Usul Nama Gunung Senyum Dan Lagenda Gunung Senyum

Bagaimana kisah Gunung Senyum mendapat namanya dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda.

Gunung Senyum Temerloh

               Pemandangan Indah Gunung Senyum Dari Kejauhan

Namun, tidak ada seorang pun yang tahu sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.

Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakan gunung tersebut sebagai Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum.

Itulah asal usul nama Gunung Senyum, versi lain pula aku tak jumpa setakat ini, kalau jumpa nanti aku akan kemaskini nanti.

Selain itu, Gunung Senyum sangat popular dengan kisah Orang Bunian. Bagi yang pernah mengunjungi Gunung Senyum pasti pernah sampai ke Makam Tok Long yang dikaitkan dengan kisah cinta bersama Orang Bunian.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Gunung Senyum Temerloh

                                                Makam Tok Long

Tok Long dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini. Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia.

Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi dan menjadi kisah lagenda Gunung Senyum.

Gunung Senyum Temerloh Asalnya Di Bawah Laut?

Banyak kajian arkeologi dilakukan di Gunung Senyum Temerloh yang mana kajian menunjukkan gunung ini memiliki kisah menarik zaman purba iaitu:

  • Hutan lipur di sini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.
  • Gua di Gunung Senyum dipercayai berada di dasar laut beribu tahun dahulu kerana terdapat dakwaan dinding gua Gunung Senyum terdapat banyak serpihan kulit siput dan puluhan batu karang yang lazimnya hanya terdapat di dasar laut.

Gua-Gua Yang Terdapat Dalam Gunung Senyum Temerloh

Selain kisah lagenda Orang Bunian, kisah zaman Mesolitik dan kemungkinan Gua Gunung Senyum asalnya di bawah laut beribu tahun dahulu, pastinya yang paling menarik adalah senarai gua yang banyak terdapat di Gunung Senyum.

Gunung Senyum Temerloh

Sebenarnya ada 18 gua dalam Gunung Senyum tetapi hanya lapan gua yang popular dalam kalangan pelancong iaitu:

  • Gua Kolam Tujuh
  • Gua Angin
  • Gua Terang Bulan
  • Gua Taman Satu
  • Gua Taman Dua
  • Gua Gajah
  • Gua Makam Tok Long
  • Gua Silat

Cara Pergi Ke Gunung Senyum Temerloh

Gunung Senyum Temerloh terletak berhampiran Sungai Pahang dan anda boleh pergi ke sini melalui jalan darat dari Temerloh atau Jerantut. Jika datang dari Temerloh, jarak perjalanan ke Gunung Senyum adalah sekitar 52.4 km.

Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan jambatan dan terus ikut sahaja papan tanda untuk ke Gunung Senyum.

Kalau datang dari Kuala Lumpur dan melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) ambil susur keluar ke Plaza Tol Temerloh atau Jengka. Dua-dua susur keluar ini boleh sampai ke Gunung Senyum.

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Gunung Senyum Temerloh

Oklah setakat ini info tentang Gunung Senyum Temerloh. Kalau singgah ke Temerloh bolehlah datang sini, tak jauh pun dari bandar Temerloh.

Aku sebenarnya ada pengalaman tidur dalam khemah di Gunung Senyum ini masa zaman sekolah menengah.

Seram juga masa tu sebab aku kena tidur tepi sekali dalam khemah terbuka.

Kawan-kawan berlari masuk khemah selepas solat jemaah kerana tak nak tidur tepi sekali 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *