Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik…

Gear Alza Kosong? Gearbox Rosak? Bayangkan tengah bawa kereta atau berhenti dan nak masuk gear tiba-tiba kosong. Gear tak berfungsi. Memang gelabah habis. Itulah yang terjadi kepada aku baru-baru ini. Masuk sahaja park gear kosong dan enjin pun mati. Ahhh sudah… gearbox rosak ke? jahanam mana nak cari duit nak beli gearbox baru, mahu 2-3 ribu.

Pertama kali aku kena macam ni. Perodua Alza yang aku pakai ni dah masuk 9 tahun tak pernah ada kerosakan besar, paling kuat pun dahulu leaking minyak hitam saja, tukar gasket setel.

Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik...
Besi berpaut gear. Dalam tu ada bush getah yang pecah menyebabkan gear tak boleh berpaut pada besi dia.

Entah macam mana baru ni boleh pula gear Alza kosong tiba-tiba sewaktu masuk park. Start kereta pun tak hidup. Aduiii… apahal ni? gearbox rosak ke? makan modal!!!

Mula-mula gelabah habis sebab anak-anak pun ada dalam kereta. Mujur dah malam hari tak panas, bayangkan kalau sedang panas terik dengan kereta tak hidup. Bertenang bila berdepan situasi mencemaskan baru otak boleh berfikir.

Aku pun Google dan buka Youtube mencari masalah gear Alza kosong. Banyak perkongsian daripada mereka yang pernah hadapi masalah ini. Fuhhh.. lega.. bukan masalah besar dan tak makan modal. Untuk sedapkan hati, aku call kawan pomen dan dia pun cakap benda yang sama, kecil punya hal, bukan gearbox rosak. Dia kata DIY je…

Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik…

Hasil pencarian aku di internet, tahulah yang punca gear Alza kosong disebabkan benda yang kecil sahaja dan memang tak dijangka langsung benda sekecil itu boleh menyebabkan gear tak berfungsi malah enjin pun tak boleh start. Hanya gear bush saja pecah mungkin kerana dah lama dah reput. Kereta dah 9 tahun.

Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik...
Inilah getah bush gear Alza
Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik...

Selepas menonton Youtube, aku pun buka dashboard Alza. Susah juga sebab tak pernah buka dashboard, habis calar sikit. Selepas berjaya buka dashboard nampaklah aku punca gear kosong. Rupa-rupanya tempat sangkut gear terlucut daripada tempat dia berpaut kerana gear bush Alza aku pecah.

Mesti Baca: Wagga Wagga Avenue Temerloh. Apa Benda Ni?

Mesti Baca: Pengalaman Seram Naik Cable Car Genting Highlands

Kalau sangkut balik gear tu automatik gear boleh berfungsi dan enjin pun boleh start. Adoiiii… kecil sangat masalah cuma hari dah malam, kedai spare part pun dah tutup.

Dengan bantuan rakan, aku bersama dia mencari cara baiki sementara untuk bagi gear berfungsi dahulu dan boleh balik rumah. Apa kami buat? ikat pakai kabel tie dulu.

Selepas yakin ikat dengan kuat, aku pun tawakal pandu kereta balik ke rumah dahulu, esok baru pergi kedai spare part beli bush gear Alza.

Cara Pasang Bush Gear Alza? Senang Sangat.

Berapa harga gear bush Alza? hanya RM4 sahaja. Alahai murah. Kalau beli dan minta pomen pasang mahu RM50 juga dia ambil upah pasang. Buat sendiri saja senang sangat.

Masukkan getah bush Alza dalam tempat besi sangkut gear dan letakkan semula di tempat gear tu berpaut. Setel! semudah abc…. untuk lebih yakin, aku ikat kabel tie sebelah bush tu untuk bagi dia lebih kukuh.

Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik...
Masukkan sahaja getah bush dalam lubang besi dan sangkut semula pada tempat dia berpaut. Aku tambah kabel tie untuk kuatkan lagi.

Selesai masalah gear Alza kosong. Alhamdulillah…. bukan masalah gearbox Alza. Lega… atas apa yang berlaku, aku nasihatkan kepada pembaca jangan panik bila terjadi apa-apa, bertenang dan google dahulu.

Sekarang semua maklumat di hujung jari. Kalau boleh buat sendiri banyak jimat duit, kecuali perkara yang memang kita tak boleh buat terpaksa hantar pomen.

Sumber Youtube

4 comments on “Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik…

  1. Pingback: Tarikh Mengundi PRU15 Dah Tahu. Nak Undi Siapa? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: PRU15: Calon Parlimen Dan DUN Temerloh - From Temerloh With Love

    1. Avatar photomikael_karl Post author

      tak pasti mungkin boleh jadi pada semua jenis kereta jika menggunakan bush jenis getah pada batang gear.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *